Monday, August 3, 2009

Hikmahnya belum bersalin lagi...

Mungkin ada hikmahnya mengapa aku masih belum bersalin. Lagi 7 hari sebelum EDD.

Muntah kali -1
Bermula jam 11pm++ malam tadi, Mawaddah muntah kali pertama. Berhadapan TV dan muntah terkene selimut so selimut di campak ke bilik air. Lepas tukar baju dan bersihkan diri ( semua ayah buat) , Mawaddah tidur semula atas tilam dia.

Muntah kali -2
Tak sampai sejam kemudian muntah lagi. Muntah kene tilam dan kene tukar cadar. So Mawaddah dan Mama tukar tempat tidur di bilik belakang no 1.

Muntah kali ke -3
Tak sampai sejam juga muntah lagi, kene lagi cadar. Mama dan ayah sama-sama bukak cadar dan bersihkan Mawaddah. Mama dan Mawaddah pindah lagi...ke bilik belakang no 2.

Muntah kali ke - 4 hingga ke-10
Semua Mama uruskan sampai jam 5pagi ++. Dah tak mahu kacau Ayah sebab Ayah kene keje hari ini. Mama kali ni guna strategi tukar kain batik & letak baldi sebelah Mawaddah. Nak muntah jek, terus muntah dalam baldi. Sian boti tgk dia. Dalam hati Mama berdoa " Ya allah janganlah aku bersalin lagi, aku nak anak aku sembuh dulu". Kali ke 10 muntah tu mama mmg dah tak larat nak ikut Mawaddah ke toilet, jadi dia pergi sendiri, basuh mulut dan kembali ke Mama untuk lap mulut saje. Lepas tu kami dapat tidur tenang sampai Mawaddah terjaga kui 8am++

Muntah kali ke 11
Bangun dri tidur Mawaddah dah lapar kot, so dia mintak susu. Habis je minum susu muntah lagi. Kali ni muntah atas cadar tilam Mama&Ayah. Sekali lagi kene cabut cadar dan segala yg terkene la like sarung bantal dan di rendam. Penuh dah bilik air depan & blkg ngan cadar, selimut, sarung bantal & comforter. Sebelum turun segala mala bantal Mama dah jemur kat panas.

Muntah kali ke 12
Sementara Mama dan Ayah sarapan pagi ( roti & muesli), sekali lagi dia muntah atas sofa pulak. Cabut la lagi sarung kusyen itu. Sian btoi kat Mawaddah. Kami kene klinik dan sebelum itu meninggalkan pesan pada Achik untuk berus bahagian muntah dan cuci guna mesin basuh. Rasanya kene 3-4 trip mencuci sbb kapasiti mesin basuh hanya 5kg. Sib baik la dah ada pembantu, kalau tak mmg Mama dah pengsan kots.

So ubat punggung doktor dah kasi. Mawaddah tiada demam / cirit birit. Hanya muntah. Doktor kata besar kemungkinan bukan keracunan makanan. Semalam pon dia makan biasa-biasa je , all homemade. Sekarang, Mama sedang masakkan bubur untuk mawaddah. Anak-anak sedang berehat. Mama dah pesan kat Mus'ab jangan main aktif-aktif dgn adik sbb adik tak sihat. Mus'ab faham. Dia kata sayang mawaddah. Dia setakat ni main kaler-kaler buku jek.

Ayah dah gi keje. Leganya Mama dapat MC boleh jaga anak tak sihat ;) Tido tak cukup , so petang ni mama dah plan boleh zZzzzZz lepas zohor supaya cukup tenaga esok2 nak kene meneran.

5 comments:

y@tipruzz said...

infection la tu kots. sian mawaddah..sure letih kuar air dlm badan.
take care!

ummi said...

minum air banyak2. kalau she can take it, 100+ is good. the rest dalam rumah yang sama kena jaga2.. takut jangkit. get well.

Oja said...

siannya...jus take care ek

p!nkerton said...

alahai kesiannya kat mawaddah :( get well soon ya.. nnt nak dapat adik dah :)

Farra Da Smiley said...

yati, oja n fatih~tq...

kak tie~ suka tu 100+...kene soh atok dia la belikan nanti..den dah tak larat drive

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...