Wednesday, March 5, 2008

Kupasan Jutawan! @ Radio 24 , Rabu, 5 Mac 2008

Rancangan : Bicara Jutawan
Hos: Dr Irfan Khairi
Saluran radio:
Radio 24
Jam/Tarikh : 7.15 malam- 8.00 malam, 5 Mac 2008
Ikon jutawan jemputan: Abang Abu


Abang Abu menjadi jutawan ketika berumur 26 tahun. Beliau berasal dr Malaysia tetapi kini menetap di Singapura. Ikut sedikit kupasan ilmu yg dikongsi sebentar tadi.

Dua cara utama yang dikongsi sebentar tadi adalah melalui pelaburan:
1) Pelaburan melalui saham atau unit amanah. Beliau mencadangkan pelabur membuat 3 jenis pelaburan dan tidak hanya meletakkan duit ke dalam satu pelaburan. Yang pertama, pelaburan jangka masa panjang iaitu 10-15 tahun. Ini boleh dibuat dengan pelaburan yang sedikit tetapi berterusan setiap bulan untuk mendapat faedah prinsip ‘dollar cost averaging’. Yang kedua, pelaburan kurang 5 tahun dan yang terakhir dalam masa setahun.
Faktor yang penting dalam pelaburan ini ialah strategi ‘offensive’ + ‘defensive’. Dalam masa kita membuat strategi ‘offensive’ yakni ingin pulangan yang tinggi/memuaskan, kita juga perlu ada strategi ‘defensive’ iaitu kita perlu defend/protect diri kita. ‘Protect’ melalui cara mendapatkan ilmu tentang apakah pelaburan yang kita masuk. Ramai orang yang tidak mempunyai cukup ilmu hingga menyebabkan mereka melabur tanpa berfikir panjang. Kerana itulah ramai terjerumus ke pelaburan haram seperti pelaburan internet haram dll.

2) Pelaburan hartanah. Beliau buat masa ini telah memiliki 6 hartanah. Keuntungan diperolehi dari ‘capital appreciation’ iaitu harga asset akan meningkat dan ‘rental income/sewa bulanan’. Pastikan sewa bulanan anda lebih dari harga bayaran pinjaman rumah setiap bulan. Faktor penting dalam pelaburan ini ialah LOKASI, LOKASI, LOKASI.

Beliau turut mengupas 8 cara untuk menjadi jutawan:
1) Keputusan. Kita semua perlu membuat KEPUTUSAN! Dan kemudian perlu ada KOMITMEN terhadap keputusan yang dibuat. My guru finance shared 'Decisiveness is a characteristics of high performers. Almost any decision is better than no decision at all!'
2) Belajar bagaimana duit bekerja (how the money works). Knowledge is power.
3) Apakah hubungan kita dengan duit? Kita mesti sayang dan suka duit. Oleh itu, kita juga tidak harus bersikap benci kepada orang-orang kaya / berduit.
4) Matlamat yang tinggi yang realistik. Contoh: 'Saya akan menjadi jutawan semasa umur 35 tahun'. Secara puratanya, individu yang mempunyai motivasi tinggi untuk menjadi jutawan akan menjadi jutawan dalam tempoh 7-10 tahun, manakala yang bermotivasi sederhana memerlukan 20 tahun untuk menjadi jutawan. Dr Irfan menjadi jutawan dalam tempoh 7 tahun manakala Abang Abu dalam tempoh 5 tahun. Kita bagaimana?? Think rich to get rich
5) Sedia, rancang dan ikut bajet. He said money cannot be managed. But we can manage ourselves. And then only we can manage our money.
6) Kurangkan belanja. FRUGAL FRUGAL FRUGAL. In short, live well below our means. This is the principle thought in book which I’m reading right now, The millionaire next door. Katakan, pendapatan anda RM3000, jadi belanjalah seperti gaji anda RM1500 (separuh je). Gunakan duit yang anda telah jimat tadi untuk melabur. He stressed ‘ Mulalah melabur! Anda mesti melabur!’. Gain knowledge and we must be more than ordinary investor, we must be entrepreneur investor’
7) Increase asset. Ada jenaka yang dikongsi. Semasa beliau menaiki sebuah teksi, pemandu teksi memberi komen “ tengok orang Cina, semua kaya-kaya, setiap tahun beli rumah, tahun depan beli rumah lagi, tapi orang melayu susah kaya, sebab ada duit tambah orang rumah’ :p. All books that I read said, most millionaires married one, once in a lifetime.
8) Guna/kongsi kekayaan untuk kebaikan. Ingat ‘sedekah dan zakat itu sedikitpun tidak mengurangkan harta kamu’

Beliau akan mengadakan Bengkel MAP pada 18 Mei 08 ini. Untuk keterangan lanjut, sila lawati http://www.jejakjutawan.com/


Map= Minda positif
A= Aksi positif
P= Pelan tindakan


Jadi, anda di tahap mana? Saya masih belum memenuhi kesemua lapan rahsia tersebut. Tapi yang pasti untuk no (4) saya dah ada.
Semalam, lepas saya lulus periksa ( alhamduillah ) , saya dan suami pergi menambah ilmu dengan membeli buku ini di Kinokuniya:

1) How to Live Well Without Owning a Car: Save Money, Breathe Easier, and Get More Mileage Out of Life
2) The Total Money Makeover: A Proven Plan for Financial Fitness
3) Secrets of self made millionaire
4) Unit Trust (yg ni dah khatam dulu)

Jom jadi jutawan!

4 comments:

y@tipruzz said...

farra ko amik xm ape?

Farra Da Smiley said...

CUTE exam boleh refer to http://www.fmutm.com.my/

Fitri & Nazihah said...

Farrah, alhamdulillah kawan ogy nie bercita-cita tinggi. Tapi kita janga lupa invest untuk anak2 kita... Setiap hari luangkan masa untuk bermain, bercerita dengan diaorang. Coz Investment untuk anak-anak adalah free hanya dengan berkomunikasi dengan mereka, insyallah pelaburan itu akan lebih bermakna daripada wang berjuta-juta...

Farra Da Smiley said...

insyallah Ogy, thanks for the advise..setiap yg kita buat mesti ada Opportunity Cost, jadi ia bergantung pada kita..how we manage ourselve/our time/ money/ family etc, jika Allah izinkan..sy tak ingin bekerja 7-7 ( termasuk masa perjalanan)..sy ingin kerja yg fleksibel, masa with family ada & at the same time pasif income masuk

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...