Saturday, October 20, 2007

Raya 2007

Tahun ni saya mula cuti sejak Selasa, 4 days before Eid, just to prepare all cakes order. Alhamdulillah all safely delivered on the Wednesday.

Balik kg mula right after 7am heading towards Kg Kuala Nau Kedah. We are the first family arrived there as we are rarely balik kg ( paling jauhle katakan). A day before Raya, my 2 SIL & me prepared 2 rendang (ayam + daging) + as usual ketupat daun palas. Jangan mare, dh pandai nganyam ketupat daun palas.

Raya pertama, kami semua (4 kereta) ke rumah Tok Bah kat A. Setar. Kami sempat beraya di rumah kawan Abang, Che’ Mon & Jibam di A. Setar juga. Ingat nk gi umah Khursani, tapi tade no fon pulak. Then, kami terus ke Jitra beraya umah Mak angkat sy masa program anak angkat MMU dulu. Lepas t uterus ke rumah my 2nd SIL kat Jitra. Semua angkatan 4 kereta tidur di sana. Best2. Tapi malamnya tak best ntah nape Mawaddah asyik nak nagis aje macam ade yg tak kene. Nak bagi diam kami bawak jalan2 naik kete pusing Airport A. Setar sekitar jam 10.30pm. Terima kasih Kak Noni & Kak Ain atas bantuan, nasihat yang tak jemu2 diberi kepada sy ;)

Raya kedua, on the way balik semua orang plan nak singgah Giant A. Setar. Tetiba masa nk jalan , plan dh tukar nk gi Bkt Kayu Hitam plak. Sume adik2 syok sakan. On the way to BKH, tetiba abang ipar tukar plan gi Padang Besar plak. Syok le kite tak pernah gi. So sy dah Berjaya abehkan almost RM200 beli: 2 blouse, 1 baju tidur utk kids setiap org, pasu bunga, bunga, toto, 2 selimut, 1 kraftangan.

Raya ketiga, ingat nk jalan ke umah Pruzz. Bila nk kuar umah time petang, hujan la plak, so terus lepak umah berehat. Masa ni semua adik beradik yg bekeluarga dh balik umah memasing.

Raya keempat, kami balik ke KL. On the way , as usual mesti singgah Kuala Kangsar ziarah Opah kepada sepupu saya. Kami agak rapat sebab Opahla yg byk berjasa menjaga arwah Mak Ngah sepanjang dia terlantar sakit kanser sehingga akhir hayatnya pd 2001.

Raya kelima, sy & Mawaddah demam. So lepas aje kat umah sambil mengemas apa2 yg patut & larat di buat.

Raya keenam (Khamis ) dah mula kerja & mula buat kek!

Jumaat keje gak & gi umah open house boss time lunch. Today also deliver 3 cakes ;) Alhamdulillah.

Gambo raya? Susah benor nak tangkap semua ahli, sekejap sorang ilang melompat, satgi sorang gi makan, go toilet la. Tapi rasanya ada tangkap satu dr kamera BIL, Abg Wady. K. Ain, tolong email to me ok?

Warna tema? Macam biasa: Tiada. We are colourful!

Kali ni jln raya ada kelainan! Mus’ab dh tak pakai pampers, so sket2 nk kene stop tepi jalan bagi dia melepas hajat . Tak kira tempat le gamaknya, yg penting bekalan air mesti cukup letak kat bonet kerete. Budak ni taleh tahan lama2 kalau tak alamatnya terlepasler cingnyee oh anak teruna dh besar rupanya ehehehe

3 comments:

Hany FF said...

ler..pi padang besaq! awat tak singgah rumah?
:) shopping sakan ek? tu takdan singgah kot! ehehhe...
;)

Farra Da Smiley said...

alemak hany tak terfikir plak nk singgah, kalau terlintas sure kami singgah punya la aisehmen, lg 2 tahun la kot ek

`Ain said...

farra, akak email nanti eh.kat library boleh baru cepat upload.anyway...siapa kata raya rumah mertua tak best??hee...best juge kan.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...