Tuesday, October 31, 2006

Raya kami

Memula masuk ofis semalam, bos jumpa aku. Dia tanya pasal outstation our team. She’s so kind & understanding. Dia kata aku tak perlu pergi & dah gantikan dengan orang lain. Kesian sebab setiap kali outstation kene huby kene ikut & amik cuti.

Orang kata, sekarang dah kene mula ajar anak dara aku minum susu dalam botol waktu malam. So, kalau outstation dah bolehla tinggal ngan hubby. So, last 2 nights kami dah start ajar. Mawaddah sungguh kuat semangat. Susu dari botol langsung takmo minum. Bayangkan dia tak minum selama 8 jam. Dari petang sampai kui 12 tgh malam. Kesian sangat. Menagis jek masa sorong botol dalam mulut. Kami sume tido lewat sebab nak pujuk dia minum susu. Akhirnya, kami tewas jua sebab dah tak larat nak berjaga. Esoknya perlu gi kerja. So, terpaksa juga kasi susu badan. In total, 3 botol susu badan on Sunday buand aje dalam sinki. Sedih btol. Mus’ab la ni mmg dah takmo susu badan aku. Dia kata adik punya. Tatau la cemane nak ajor dia nyusu botol malam2.

Cerita raya kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Memula beraya di Negeri Sembilan, kemudian singgah di Kuala Kangsar and last skali ke Kulim. Kami balik ke KL on Saturday. Then, on Sunday, kami dah beraya di 3 rumah kawan. 2 rumah my best friends : Yana & Ogy. 1 rumah hubby’s friend: Faris Rosuli. Faris menyampaikan salam kepada kawan-kawan MMU yang mengenali dia melalui kami. Bukan apa, dia kata cukup susah untuk dia ketemu kawan-kawan yang lain.

Untuk diri sendiri aku nak pesan: Bila nak start Puasa Enam ni?? Ya Allah, jauhkanlah kemalasan dalam diriku ini. Harap dapat mula berpuasa esok.

3 comments:

Anonymous said... Reply To This Comment

kitorang arituh tak ajar pun atiqah utk pakai botol memalam. Masa tetibe kena pergi penang.. kite tinggalkan aje die ngan tok & pah dia. Rasanya bile mmg kita tade tuh, diorang akan minum gak dari botol la fara. ((agaknyelaa)).

Kalau kite ada kat rumah.. siap luah luah balik .. sembur sembur susu dlm botol lagi.. ((isk isk.. )) Dah la sekarang dah start pandai cakap.. hihi..dan pandai dah.. lari lari keliling rumah.. cakap.."mama .. cucuu cucuuu.. cucuuu.. " :)

mardhiah12 said... Reply To This Comment

faris rassoulli? hmph, kat mana dia sekarang? senior aku dulu kat jasin dulu

farradasmiley said... Reply To This Comment

semah, mungkin ada btolnya
tapi tak yakin jugak
masa Deman jaga Mawaddah ada sehari tu..dia boleh tak minum susu dari jam 7am sampai 2pm..punya dahsyat

tapi kalau kat umah babysitter, kalau dia takmo botol, depa akan taruk madu kat puting susu..baru dia nak minum

faris baru start keje setahun yg lepas lepas abeh belajar..kat one IT co. di Bukit Jalil