Tuesday, May 23, 2006

Kisah hari pertama bertugas

Ini kisah hari pertama bertugas
Kami dipisahkan sejauh 15km selama 11 jam

Hari pertama berpisah memang perit..apa tidaknya..selama ni aku yang mandikannya..berikan susunya..tukar lampinnya…tidurkannya..dodoikannya..pendek kata selama 2 bulan ini memang tak pernah berenggang..Suami kata ”Mus’ab anak ayah, Mawaddah anak mama”

Bila teman-teman pejabat mula bertanya pasal anak..entah kenapa hatiku sebak..air mata mula bergenang..risau mengenangkannya duduk di rumah orang buat kali pertama …hati terasa rindu..aku tarik nafas dalam-dalam cuba tenangkan perasaan

Kemudian, rutin berjalan seperti biasa..jalankan tugas di samping mengambil sedikit waktu pejabat untuk memerah susu..alhamdulillah..hari pertama dapat 3 kali perahan..esok lusa entah bersempatan atau tidak kerana kesibukan kerja..

Tak sabar menanti jam 5.30 petang..aku ingin pulang segera kerana ingin susukan anak…pasti bekalan susu di rumah pengasuhnya dah habis tika ini
Sampai di parking area..kereta kene blocked!arghh..tension..aku dan seorang teman cuba juga keluarkan kereta..tapi tak berjaya..aku mula panic dan risau..air mata mula bergenang..tiada cara aku ke bilik kawalan untuk buat announcement …aku menunggu lagi…tapi empunya kereta tak turun jua..aku kehulu ke hilir lagi..risau bangat.Datang seorang pengawal keselamatan membantu keluarkan kereta dengan dibantu seorang staff lelaki..akhirnya berjaya tapi kemalangan kecil berlaku di bahagian bonet kereta dek terlanggar tiang batu..aku tak kisah..yang penting aku ingin pulang segera

Alhamdulillah dengan skill menyelit & memecut di celah ribuan kereta yang berpusu pulang ke rumah, aku tiba 7 minit sebelum jam 7 malam. Mawaddah menanti penuh kerinduan. Terus aku susukannya kerana aku pasti dia lapar..selesai menyusu akhirnya anakku dapat tidur nyenyak sehingga 10.15malam..pasti dia kenyang sehingga dapat lena begitu lama. Alhamdulillah

Aku serik bawa kereta..takut kereta kene blocked lagi..so today..we tried riding motorcycle with hubby..moga semua urusan kami dipermudahkan olehNYA. Amin

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...