Thursday, September 25, 2014

Jeju_Seoul day 8

Hari ni merupakan hari terakhir utk kami jalan2 di Seoul. Baru 2 hari jalan kat Seoul esok dah nak balik Malaysia. Sobs.

Dari Jogno-Gu kami ke War Memorial Museum menggunakan subway. Berpandukan website VisitKorea ni kami tahu dimana nak berhenti. Senang je, so uols just refer this website ok?

Entrance Fee to Museum Free OK. Anak-anak lelaki mmg enjoy sangat muzeum ni sebab banyak kapal2 perang dan kisah2 perang.

6th June 2014 is Public Holiday for South Korea: Memorial Day. So they have event here outside the Museum 



Luar muzeum- macam2 kapal perang..mmg menarik tpi cuaca panasss

Uwan pon nak bergambar dengan kapal2 ni buat kenangan :)


After few hours visited the Museum we headed to Itaewon. Kene jalan lelaju ni sbb target hubby nak solat Jumaat kat Central Mosque Itaewon.

Anak2 kemain happy dpt mkn aiskrim hehe



Alhamdulillah, rezeki hubby & Mus'ab sempat juga menunaikan Solat Jumaat bersama-rama rakyat Korea dan para pelacong beragama Islam.

Siap sedia nak memanjat masuk Masjid 
Sementara mereka menunaikan solat, kami hanya berdiri belakang sekali. Ramai juga pelancong bukan beragama Islam menyaksikan umat Islam bersolat Jumaat. Seronok pulak tengok. Semoga mereka diberi hidayah.
Ramaikan orang menunaikan solat Jumaat? 
Solat Jumaat ketika bercuti di negara orang - pengalaman yg tak mungkin dapat dilupakan
Usai Solat Jumaat, giliran kami pula untuk menunaikan solat Zohor dan Asar Qasar Jamak. Disini aku bertemu dengan beberapa pelajar Malaysia dan aku berbual2 sebentar bertanyakan aktiviti mereka. Pelajar Malaysia ni rupanya membawa pelancong dr Malaysia berjalan2. So aku pon terus bertanya dr Itaewon ada bas tak utk ke Seoul Tower. Katanya mmg ada, mudah hanya ambil bas yg ada tulis route "Namsan/Seoul Tower".

Hubby pon nampaknya rancak berbual-bual dengan pelajar Malaysia di Korea. Perut memang dah lapar sangat, jadi perjalanan diteruskan ke Muree Restaurant, sangat dekat dengan Masjid.

Servis Muree Restaurant sangat lembap! Aduh memang mencabar tahap kesabaran kami. Sabar3.

Spicy Ramen Noodle yg terkenal di Korea..for us biasa2 je. Aku try Kimchi mmg terkeluar balik! Tekak takleh terima huhu 

Dari Muree kami bergerak ke Perhentian Bas yg terdekat dan membaca "route" yg terdapat disitu. Pilih bus yg tulis Namsan Tour. Tips: Di Itaewon, tunggu bus opposite  Hamilton Hotel ok. Info kat bus stop tu lengkap dengan No Bus sekali so tak perlu risau ok.

Dari Itaewon kami ambil Bus No 03. Just 3 stations away. The bus clearly stated Namsan Tour
Kali pertama naik bas di Seoul City ni mudah aja. Kami guna kad T-money. Murah amat hokey tambang die! Perjalanan pon kejap sangat.

Sampai di kaki bukit Seoul Tower tu, semua pelancong perlu berjalan kaki. Masa ni hubby, mak dan Ab tak larat dah nak jalan so katanya nak tunggu di bawah je. Hanya Waddah & Muaz temankan maknya menapak naik Seoul Tower.

Keadaan Seoul tower amat sesak dengan pelancong. Makanya nak bergambar feeling2 sangat poun susah eheheh..tapi ok la..banyak gak gambar hihi
Boleh juga naik cable car utk sampai ke Tower



Kami turun semula ke kawasan bus. Disini terdapat banyak sangat bus ok. Makanya kami mencari bus lain yg bus roite menghala ke arah apartment kami. So just baca je route bus tuh dan jumpa la bus yg mana satu. Sebab tadi kami dtg dr Itaweon, nak balik ni ke arah Jogno.

Balik naik bas 05

Bas ke arah Jogno ni akan melalui Namdaemun Market, so again Mak dan aku singgah sekali lagi sebab ada barang2 yg blom ditemui.

Kami pulang ke rumah menggunakan subway dah mahgrib. Memang penat amats dengan hangkut barang2 lagi. OTW balik rumah singgah kedai bawah tu beli coffee korea..mmg sedap sangat! I'm not a coffee fan pon dah kata sedap..so imagine org yg suke coffee tegar mmg enjoy abes aa kopi kat korea ni..no wonder ada yg angkut balik Malaysia heheh
White Choc Caramel Cuppocino tu mmg sedap sgt! 

Malam tu gigih la packing barang sebab barang dah beranak hokeyy..paling byk skincare dan cosmetic. Lepas timbang2 just nice je luggage sume.

FYI Luggage kami untuk panduan: Pergi 50kg, Balik 60kg--> 3 adults & 4 kids.
Pergi tu 20kg je food hokey hihihi


2 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salams fara, seronoknya....boleh kak mieja jadikan rujukan :):)

Farra Da Smiley said...

salam kak mija, sila2 rujuk..apa2 nak tanyer pon boleh ehehhe

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...