Tuesday, August 12, 2014

Cuti di Jeju Day 4: Hyeopjae Beach, Hallim Park & Saeyeongyo Bridge

Tak sangka plak dari plan asal 3 hari, hari dah masuk hari ke-4 tinggal di Jeju. Destinasi pertama adalah Hallim Park. Tak jauh dr Jeju City. Bayaran masuk agak mahal:
-krw9,000 adult
-krw5,000 children

Tapi kami gune kupon yg Car Rental kasi so dapatla diskaun 10%. Alhamdulillah..jimat sket pon jadilah ehehhe

Otw ke Hallim Park, tetiba nampak satu pantai yg lawa benar! So kami pon singgah sat. Nama pantai ni Hyeopjae Beach, betul2 terletak kat sebelah Hallim Park.
Banyak spot menarik untuk bergambar buat profile pic kiki
suke sangat scenery gini..batu2 hitam tu langsung tak kotor tau
Hallim Park adalah sebuah taman yg seakan-akan summarize the overall attractions in Jeju Island. So, sapa yg tak cukup masa di Jeju boleh datang sini je terus dapat cover byk sections ie Folk Village, Cave, Botanic Garden etc.
Hyeopjae Cave


Folk Village


Singgah makan kat salah satu pondok kecik

Palm Avenue

mini waterfall
suke aksi Maher ni!

Group Photo! dengan famili Zu je..tak cukop korum ni tada famili semah yati & aini
Next destination is Saeyeongyo Bridge. Bridge ni kami dah gi 2 hari lepas tapi kan hujan lebat..so takmo terkilan kami dtg semula...lps ni tayah ulang lg Jeju hehe

Sightseeing kat Jeju ni mmg best sgt..tenang je...



Jambatan yg menghubungkan Saeseom Island..kami tak jalan kat Island tu..x larat lerr
Lepas tu kami pon decide nak balik je la ..badan dah penat..ingat nak singgah minimart kejap. Kami discuss nak lalu jalan mana..dek kerana td dah lalu jalan dr arah Jeju City, so aku suggest kat huby lalu kat kaki Gunung Halassan....rupa2nya..jalan tu amat scary ok bile menjelang maghrib..nak tau sebab apa? meh tengok

memula ok lg..nak maghrib kan..gelap...
lepas tu...jeng3...
-
-

lepas tu mula berkabus.kabus yg amat dahsyat! tak penah lalu kabus dahsyat gini..dah macam citer seram....huhu

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...