Sebagai orang yang terbang ke angkasa menggunakan AirAsia ( kes bajet bawak 4 anak :p), harusla aku jadi member Big, a loyalty program by AirAsia. Lama dah jadi ahli hampir 2 tahun kot. Cehh lama la sangat kan! poyos.
Membership loyalty program Airasia ni ada 2 jenis, dengan kad atau tanpa kad. Selama ni aku member yg tade kad. So nak kumpul points pon jenuh! Hampir 2 tahun ni baru ada 480points. Kesian..
Ok lepas tu nak dijadikan cerita, pada suatu hari yg indah bulan November yg lepas, Airasia buat sales utk member BIG shots , the offerings was redemption flights serendah ZERO points. So aku yg tade plan apa2 ni pon dok godek2 website BIG dan cari2 tiket yg menarik..sekali tengok Bandung -KL ZERO points! perghh tempting weh..aku pon book la utk 7 orang termasuk Uwan. Mudah2an Uwan masih sihat sebab aku nak sangat tunaikan hasrat die melancong ke seluruh dunia ( ewah! besar cita2 ko Farra!)
Tiket sehala Bandung-KL dapat RM199 uols untuk 7 orang! yer 7 ORANG ( seriyes nak menangis sbb murah sangat). Tak percaya? aku boleh tempek confirmation slip..eheheh..malas la..percaya je la weh.
Cuma yg sadisnya lepas klik2 aku kene bayar processing fees walau aku bayar guna saving accout..aku mmg tak penah guna Credit Card bila beli tix AA..total jadi RM249. Meaning processing fees RM50! ( ok kali ni rasa nak lempang!). Tapi lepas buat calculation akauntan, RM249 tu still murah aa for 7. Ok aku bayar je. Hati tetap gumbira. ekekkek
Keesokan harinya aku bertembung dengan kawan aku yg
Sampai la last 2 weeks aku terbaca blog sapa tah, katanya die kumpul points gune Big Card di Metrojaya dan few shops..so aku pon apply. Ok MULA DARI SINI BARU INFO NI BERKAITAN TAJUK ENTRY DIATAS. Sila baca betul cara-caranya:
1. Tanya BIG. Gi "Ask Big" dan tekan salah satu ikon bawah tu
Tekan "Still need help". Ajukan hasrat hati korang nak bertukar status membership
2. BIG akan reply kat emel. BIG akan stop current membership kita dan kite kene bayar RM10 dulu.
3. Lepas kite update pembayaran, kene apply semula membership macam ahli baru. Die kasi link dalam emel.
4. Hantar dokumen yg diperlukan melalui emel iaitu bil utiliti utk alamat dan salinan IC. Semua urusan ni via emel je
5. Tunggu dapat kad, kira2 dalam seminggu.
6. Dapat je kad, terus activate dalam BIG Card self-care portal dan reload duit. Terus boleh shopping!
Ok so dapat je kad aku try test shopping kat Metrojaya. Bestnya kat MJ dapat points berapa yg kite bayar + half points lagi dari amount yg kita bayar! Meaning RM1=1.5 points!
Lepas tu aku try bayar kat kedai barang baking & gardening..kedai kecik je kkot..dapat points RM2=1 points..wa bestnya...gigih aku tanye kedai skrang ni kalau nak bayar " you, terima tak Visa?" Asal kedai kata terima..aku zass gune Card BIG :)
BIG Card ni buka Credit Card, so kite tak kene bayar caj CC kat Bank Negara & tiada konsep hutang. Nak gua kite kene masukka duit. Aku masukka duit guna CIMBClicks je.
Lepas guna baru seminggu..points dah naik dr 480 points ke 814 points. Untuk international flight sekarang ni AirAsia allow kite redeem starting 500 points dan selebihya kite top-up guna duit. macam best jer...
Sekadar berkongsi maklumat kepada kawan2 yg suke melancong secara bajet macam kami :)
Hingga bertemu lagi! Sebagai penutup, kat sini aku tempek perbezaan antara Free Loyalty dengan BIG Prepaid Visa seperti dibawah. Ambil dr website BIG
No comments:
Post a Comment