FYI kadar tukaran duit Brunei ala Singapore ..lebih kurang BND1=RM2.59+-
Kita juga kene daftar kenderaan yg kita bawa masuk. Banyak pulak yg dimintaknya ie no engine etc. Kami pulak tatau detailnya sbb owner kereta tak kasi details. Dah tu kami nego je dgn pegawai imigresen Brunei tu dan lepas..alhamdulillah. Dah lama kami meneruskan perjalanan tu baru la terjumpa semua info kereta tu ada je kat bahagian cermin kereta belah atas! haha!
Ok memula je masuk Brunei dr Miri kita jumpa Kota Belait, Seria. So let's experience here!
1. Seria: Menara Cendera Kenangan
Masa tekan GPS kami jumpa attraction ni. So menyinggah la kejap. Lepas singgah tangkap gambar kami singgah di pasar pagi Seria sbb kat situ ada tempat makan.
Brunch terus kat Kota Belait..makanan sedap! Harga x mahal
2. Seria: Oil & Gas Discovery Center
Hanya beberapa KM je dr town Kota Belait, kita jumpa tempat ni. Senang je jumpa sbb ikut GPS! GPS bw sendiri dr KL uols..
BND 12 for our family. Tak le mahal sgt..ni je attraction yg kami kene bayar kat Brunei..yg lelain semua free
Ada berani? PAKU itu adalah paku btol..tajam!
Tu die Mak Su dengan Maher main "mind game'
3. Masjid Omar Ali Saifuddin
Subhanallah cantik sgt masjid ni. Siap berair-cond..bersih..telekung bersih semuanya. Ramai pelancong datang sini.
Semua signboard kat Brunei mesti ada tulisan jawi.
4. Royal Regalia Building
Masuk percuma.
Kat dalam ni taleh tangkap gambar. Boleh tangkap gambar bahagian bawah je. Kagum betul dengan segala cerita dan barang2 diraja yg disusun atur dan dipamerkan kat sini.
5. Kampung Ayer
Rate boat : BND20 dollar return. Kami amik satu bot terus. Dia bawak seluruh Kg Ayer
Kawan opis yg recommend gi tempat ni. Tempat ni mmg wajib gi kalau gi Brunei! Betul2 different experience gitu.
Sedikit info pasal kampung ayer ni:
1. Semua rumah dan kemudahan atas air ie sekolah, balai polis, balai bomba, petrol station etc
2. Ada 13 kampung di sini dan ianya dikenalpati melalui jeti no.
3. Menurut kata driver boat tu, rumah yg dibina disini lebih murah berbanding rumah atas tanah.
4. Kes lemas kanak2 sangat jarang. I wonder gok cemana kekanak tu behave sbb bukak je pintu terus nampak laut. huhu
Balai polis atas air
Masa kami sampai sini hampri maghrib..so x dapat masuk Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kg Ayer..so korang dtg sini awal sket ok
Kat sini ada kawasan perumahan baru..rumahnya batu atas air. Berbanding rumah yg lain dibuat dr kayu. Rumah baru ni kene bayar tapi x mahal sgt pon..lupa plak brapa. Mmg nice sgt rumah ni. Jom tgk.
Nice kan?
6. Nasi katok mama
Nasi katok ni pon member opis recommend. Sedap btol. Harga BND1 sebungkus. Murah dan sedap tapi size tade la besar sangat. Tapi kami mkn kenyang! for me nasi wajib gok ni rasa kat Brunei eheheh. Kami tapau je then terus check in Palm Garden Hotel..
Kalau korang rase nak gi Brunei, korang beli je tiket Airasia ke Miri. Sebabnya:
1) Brunei ni kecik. So maksimum pon 3 hari abes dah round Brunei.
2) Tiket flight direct ke Brunei lebih mahal berbanding Miri. International kan..ehehe
3) Flight ke Miri murah! Macam kami dpt RM0 fare. So lepas campur tax bagai RM59/pax/return. Airasia tgh buat sale sekarang uols! cepat bertindak.
4) Amik flight ke Miri, so uols boleh terus cover 2 tempat. Miri and Brunei. Dah tu bila dah sewa kereta uols bebas berjalan. Sewa kereta murah je pon
2 comments:
assalamualaikum.. saya ada sewa kereta jikalau ada sesiapa yang ingin datang bercuti ke Miri Sarawak.. Kereta proton saga blm auto dan juga viva manual.. boleh hubungi saya di talian 010 979 3138 (muhammad ken abdullah)
thanks for sharing, boleh juga pi nanti
Post a Comment