Saturday morning started with rombongan menghantar pengantin lelaki ( sepupuku) menikah di Sabak Bernam. Selepas majlis bernikah jam 10pagi, kami rehat kejap kat masjid sebelum ke kenduri sebelah perempuan jam 12pm hari yg sama.
Posing kat tangga ahli rombongan akak..eheh
Alhamdulillah..selamat sudah dengan sekali lafaz
Bersama rombongan kami! hehe
Harusla bergambar dalam bilik pengantin!
Selesai urusan perkahwinan sepupu, kami terus pulang kg halaman abah di Bagan Datoh. Sudah bertahun tidak pulang ke kampung! Abah bina1 biji rumah di kampung..so rumah tu la menjadi tempat persinggahan kami atau jika ada saudara yg mahu tumpang. Cuma keadaan rumah tak berpenghuni ni faham2 je la..habuk kemain dahsat! so sampai2 je kene sapu dan mop lantai dulu!
Tu dia depan teratak atok! ihihi
Dan aktiviti petang itu selepas ziarah sepupuku Abg Piie yg mengusahakan kilang Pau dan frozen food, tidak lain tidak bukan makan angin di Jeti Bagan Datoh..
Sekitar Jeti dan Playground
Mak kata die gayat
Lepas tu kami dinner kat restoran yg mmg sedap lagi murah as recommended by Atok sebelum berkunjung ke rumah Mak Teh..lama btol tak ziarah Mak Teh ku sebelah abah ni..
Nak balik dah..babai teratak atok..atok dan uwan tak balik lg..depe balik Isnin
Next jom tgk Menara Condong Teluk Intan! Tiada bayaran masuk dikenakan! Hanya tulis nama kat guestbook..
Menara Condong ini dibina pd tahun 1885..lama tuh!
Aku pakai selipar je..eheh
Menara Condong ni ada 3 tngkat je..ianya menara jam sebenarnya
Posing kat tangga ahli rombongan akak..eheh
Tak dapat pi Pisa Rome Italy..kek sini ajo pon cukop le dulu..so uols jgn dok sibuk nak pi Italy kalau datang sini pon belum lagi! promote la sket Malaysia dulu ehehhehe
Atok sibuk suruh kitowang gerak cepat masa kat sini. Ingatkan nak gi kenduri saudara abah terus kat Seberang Perak. Rupa-rupanya atok nak bawak kitowang gi Kompleks Sejarah Pasir Salak. Ok moh layan..
Bayaran masuk RM4 dewasa dan RM2 kekanak. Murah!
Kawasannya segar, bersih dan hijau
Disinilah J W W Birch dibunuh pada tahun 1875 oleh Dato Maharajalela dan 2 lagi ...mereka 2 tahun kemudiannya dihukum bunuh..utkkisah sejarah selanjutnya, sila berkunjung ke sini..
Kisah sejarah Dato Maharajalela diabadikan di dalam bangunan ini..
Sungai itu adalah Sg Salak
Jom masuk! belah bawah ada pameran keris..takut hokey..ada macam2 jenis saiz keris..Mak pulak main sebut je kot2 ada keris penah bunuh orang! ee ngeri..dahla tempat ni tade orang
Opposite kompleks sejarah tu ada satu lagi bangunan yg menceritakan semua Menteri Besar Perak. Sedih toi bangunan ni tak berapa di maintain...bayaran dah cover masa bayar kat entrance tadi
Secara keseluruhannya..tempat ini mmg menarik untuk dilawati. Anak2 yg dah besar macam Mus'ab suka baca sejarah. Tempat ini mmg kurang pelawat sebab ianya jauh dari attractions lain di Perak & Jauh dr highway. So sesapa yg kebetulan lalu kawasan Teluk Intan/ otw Pulau Pangkor, berkunjunglah ke sini!
Perjalanan kami diteruska ke Kenduri saudara abah= anak kepada sepupu aku. Masa jam 1pm kenduri tu mmg dah urang orang..standard kenduri kat kampung by 1pm+ dah kurang orang. Selesai kenduri..bersalam dan berbual2 dgn sanak saudara yg dah bertahun tak jumpa..kami pulang ke KL..manakala makabah ke kenduri lagi satu yg kami tak kenal..
OTW KL kami singgah makan Cendol Durian dan kemudiannya singgah di Bukit Melawati di Kuala Selangor
Weols naik tram. Tak larat la akak nak mendaki uols..Harga RM3 dewasa dan RM2 kekanak..murah kan?
my sis said feeling masa beratur nak naik Tram ni cam gi Namsan Tower Seoul ekekke
Pelancong Jepun gumbira main dengan monyet..waddah takut
Malaysia's Namsan Tower ehehe verangan!
Tempa tengok anak bulan
Kat atas ni ada muzeum..tapi muzem dah tutup jam 5.30pm...huhu..ingin kami cadangkan waktu operasi muzium tu patutnya dilewatkan ke 7pm gitu..
Nak balik dah...huwahuwa sodey
Alhamdulillah...I feel very blessed with this short weekend trip due to the quality time that I've spent with relatives at both side my mom ( rombongan nikah sepupu hari Sabtu) and at my dad side ( kenduri Ahad). Seronok dapat berjumpa saudara mara yg sekian lama tidak bertemu.. syukur
3 comments:
Alhamdulillah..^_^
adik mu lain benar muka dengan mu
aida,,tgk live ada persamaan! eheh
Post a Comment