17 May 2013
Tarikh eye assessment. Untuk buat appointment hanya perlu hubungi klinik mata PCMC ni boleh rujuk website PCMC. Kami benornya buat lasik berjemaah dimana ada 6 orang kesemuanya. Dah tu aku la yg dok lead appointment semua orang..pening gak budak tu nak melayan kami hehe..asek2 bertukar tarikh. Kami mmg saja buat berjemaah dengan niat nak dapat group discount kat Prof Muhaya :D
Pada hari eye assessment pesakit tidak digalakkan memandu sendiri sebab mata akan blur at end of the assessment. So hubbyku hantar pepagi sebelum die gi koje. Masa assessment tu mata kita akan melalui pelbagai ujian melalui mesin dan juga ujian manual. Memang kiranya ujian2 itu setanding la dengan kosnya berjumlah RM650. Sekiranya mata kita layak utk Lasik, bayaran assessment adalah termasuk kos keseluruhan Lasik. Jika tidak berjaya , pesakit tetap perlu membayar RM650.
Eye assessment yg aku jalani agak lama. Patients ramai. Alhamdulillah rasa lega bila Prof kata mataku boleh di rawat melalui kedah Lasik. Lepas bayar RM1K, aku gi amik ubat dan hubby pon datang jemput. Masa ni mmg mata dah blur, dah tak boleh melayan whatsapp hehe. Aku dapat 1 day MC. MC pertama tahun 2013 hihi. Lepas tu singgah Sg Wang lunch Nandos. Walaupon kepala agak pening dek kerana mata blur, makan tetap sedap huehue :p
30 May 2013
Tarikh yg kunanti-nanti! ewah. Siap hubby cuti nak memberi sokongan moral cum jd driverku hihi.
Dalam 6 of us, aku la org first yg menyerah diri awal untuk dilasik. Kekdahnya dah tak sabau2. hahaha
Sebelum di lasik, pesakit ditempatkan di satu ruang rehat dimana kami perlu memakai baju hospital dan head cover. Owh dapat skali bekal makanan. Disitu kami sepatutnya berehat dan bertenang..tapi sebaliknya kami semua pesakit ( kebetulan semua perempuan yg ramah tamah) dalam 5 orang takleh dok diam..yer la kan...cuak. Bila sorang je dah keluar Operation room, terus kami interview! hehe..1st skali patient tu kata " tak sakit langsung". fuhh lega dengar hihi
Sememangnya aku rasa sangat berdebar dan cuak. Tapi lepas masuk je operation room yg rasanya amat damai dengan alunan zikir, rasa relax sket. Then Prof masuk dan memberi kata2 motivasi lagi la terus tade takut2. Begitu besar impak kata2 seorang Prof yg dikagumi orang ramai.
Semasa Prosidur Lasik, ahli keluarga dibenarkan melihat pesakit dari luar Operation Room. Makanya hubby tercinta merakam gambar2 dan juga rakam movie kenangan buatku hihi. Prosidur Lasik kejap sangat ..dalam 15 min kot. Tapi mata kita kene laser tu just few seconds ja. Mata pesakit dibius dengan sejenis eyes drop. Bukan jarum suntik ya! Lasik mmg langsung tak sakit. Lagi sakit kalau lengan kite kene suntik amik darah. Serious tak tipu. Kesan ketidakselesaan hanya berlaku selepas lasik dimana mata ada rasa pedih dan kering. Prof kata ianya memakan sedikit masa.
Pesakit perlu la menjaga mata dengan kaedah yg betul dan ubat titisan mesti digunakan mengikut tempoh yg ditetapkan.
Setakat hari ke-4 hari ini aku masih mengalami mata kering dan rasa macam ada contact lense melekap. Makanya kene kerap lagi letak eyes drop tu. Dari segi vision, semua tulisan jauh2 dah boleh tengok..alhamdulillah kagum plak aku. Semalam masa keluar gi kedai, semua tulisan jauh2 sepanjang jalan tu aku baca eheheh..cuma sharpness tu masih belum dapat 100%.
Personally I feel this is a very worth investment utk orang2 rabun. Dah 19 tahun aku pakai glasses..skrang tidak mahu berkata mata sebab aku nak bebas snorkeling & swimming! hehe ok dah jawab dah reason tu dalam kajiselidik Lasik PCMC. Jadi sesiapa yg bercadang nak buat, silakan..kumpul dana dari sekarang..dan jangan takut :). Sapa rasa nak tgk video my lasik pon boleh..mai2 tengok.
Pesakit kene label dulu..ye la kang tersilap laser "power" orang lain
Di luar Operation Room:
Dah masuk Operation Room..mata nak kene bius
Ready for Lasik! dup dap dup dap
Alhamdulillah..ni pose wajib sebagai bukti buat Lasik dgn Prof Dr Muhaya hihi
19 comments:
dgn itu silalah lead panggilan pulau ok!!
wow.. dah buat... jeles nya... hmmm hubby ku tidak memberi sokongan sepenuhnya lagi.. nanti nak suruh dia baca entry akak :)
Assalamualaikum wbt
First time baca blog ini.
Byk resepi kek dan pengalaman gi travel. Saya suka. Sebab saya suka travel juga Tapi bab baking belum try lagi. Kena ambil resepi dulu ni.
By the way, blh share kos keseluruhan buat LASIK ni. Tq
Mirah
Wahhhh, Nieza pun ada keinginan jugak buat lasik. Rupanya takla sampai ribu riban .... ;)
Yati, jom2 redang ya next year
Baiti, awat hubby tak sokong? x confidence lasik ya?
As-salam Mirah, kos asalnya RM6990 untuk pesakit berumur 35 tahun ke bawah. Tapi sy nego grup diskaun dapat RM6500.
Nieza, Kos as mentioned above
baru nak tanya berapa total kos.. tengok2.. banyak tu.. hurmm x jadilah nak hadiahkan kat hubby hehehe.. sebab tak mampu hehe
atul, wahh hebat nak hadiahkan hubby..akak invest utk diri sendiri ..mmg best btol dah bebas berkaca mata
Subhannalllahh... Kagun dgn prof muhaya... :)
Salam Farra. Vision macam mana skrg? dah 100% bebas rabun tak? any complication ke for the frist few days? kena ada follow up ke? Kita dah lama berangan2 tapi hub takut..dia kata der mata pun tak buat lasik..
A, alhamdulillah on 7th day kiranya 100% visison dah normal..mmg tak rabun dah..HIGHLY RECOMMENDED! buat la..mmg no regret@A
saya pun baru buat lasik semalam. best!
A'kum Farra,
I am interested nak buat Lasik..tp perasaan takut makes me very resistant. Mungkin after consultation dgn Prof Dr Muhaya baru boleh rasa better. Farra ada apa2 tips tak sebelum/semasa consultation tu..saya plan insyaAllah lepas raya kot..TQ :)
Jap nk tnya...total 1650 je la...xyah msuk ward bgai la ni...blk hr y sm...
Assalamu'alaikum. ...nk tnya...so total utk lasik ni rm 1650 je la...xyah msk ward bgai ek...blk hr y sm la ye
Assalamualaikum. total cost rm6990 tu include rm650 dengan rm1000 tu ke? ke cost rm1650 tu kira asing?
Assalamualaikum. Cost rm6990 tu include dgn rm1650 yg you mention dekat entry ni ke? ke dia kira asing? thank you.
Asslamualaikum.tumpang tanya. Sebenarnya total cost for this treatment rm6990 or 1650?
Tadi saya baca comment di atas, harganya rm6990. Sekarang rm1650. Yang mana satu?
Asslmualaikum. Saya nak tanya sebenarnya total cost for this treatment rm6990 or rm1650?
RM6500 sis@Nurul Syahirah
Post a Comment