So kami tukor ke day trip sekitar Brisbane aje la..1st agenda nak experience 1) Pasar Pagi Queensland dan 2) Brisbane River Cruise via TransLink. Naik Translink jimat lebih byk dari kite naik River Cruise yg utk pelancong tuh.
Pasar pagi QLD menjual pelbagai jenis sayur dan buah segar tempatan. Yang paling tertarik sekali dengan buah strawberry yg gemok2 tu 3 pek baru $5. Fuhh murah giler. Selain buah2an aku juga membeli kopi yg baunya mengancam abeh 1 pek $12.
Settle ronda2 kat pasar kami pon bergerak ke arah Queensland Museum South Bank, sebab kat sini ada parking berbayar per entry, ikut gambarajah ni kat "C". Lepas je parking kat sini, kite boleh access all the attractions jalan kaki iaitu:
- wheel or Brisbane
- ada human made beach yg mmg happening- FOC jer
- museum FOC
- science center ( kene bayar)
- Brisbane River Cruise lalu bawah Story Bridge
A-Mount Choot Tha, B- Brisbane Botanic Gardens,
C- Queensland Museum & Science Center, D- New Farm Park
Masa lalu kat Wheel of Brisbane hubby tanyer nak naik tak? I said No la..eheh..sebab setakat nak tgk city Brisbane, hari sebelumnya dah tgk kat Mount Choot Tha.
Untuk naik Feri Translink ni kita boleh bayar cash aje masa naik Feri or guna Go-Go card. Go-go card ni boleh beli dr airport dan top kat mana2 yg ada tulis boleh top up. Dalam Feri tu pon boleh top up. Kami memulakan perjalanan dr Jeti South Bank untuk ke New Farm Park as suggested by my SIL. Feri ni singgah banyak jeti dan cajnya adalah berbeza2.
Sampai di New Farm Park aktivitinya tak lain tak bukan adalah Picnic! sambil camwhoring dan menikmati pemandangan negara orang.
Then kami patah balik ke Jeti South Bank untuk mandi manda kat pool & pantai. Lepas mandi manda, perut dah rasa lapar..so jawabnya makan kebab sebab tu je option food halal yg ada.
Next stop is Queensland Museum ..FOC jer. Muzem ni mmg mirip dgn muzeum kat Perth! Bawah skali ada Science Center but we decided not to go in sbb family pass yg pinjam dr BIL takleh nak access + kepala lutut dah menggeletar ehehe..Baru jalan sket dah penat!eheheh
Sampai umah my SIL tengah prepare dinner, kari daging! pergh sedap. TQ kak Ain ! Ok moh layan gambar
Pasar Pagi QLD
Murah! 5 dollar je for 3
Roti ni dibakar panas2 kat situ..teruja sgt! tapi beli sket jer..sbb kepala ni dok asek convert :p hahahh
Posing sat naa
Bunga pon lawo2
Lepas parking kete..otw to wheel of Brisbane
Wheel of Brisbane
Brisbane River Cruise from South Bank
Tu dia Story Bridge
New Farm Park
Picnic on Saturday!
Ada banyak basikal utk disewa...nice! love the environment
Masa on the way to Jetty jumpa momenum ni! Surprisingly it's referring to our Sandakan Sabah! sempena mengingati pejuang aussie yg berkhidmat di Sandakan
Beach at South Bank. A must for the kids! Facilities complete including playground
tbc...
4 comments:
cantik tak beach dia?
tingin pi sydney la huhu
yati, cantek..ok lepas korea & turkey we then go sdyney and NZ ya..kumpul duit eheh
wahh best! cepat2la update kak sambungannya... seksa ku menanti :D
Baiti, hehe saje nak buat awak terseksa ..sabaq naa
Post a Comment