"Apa kelebihan jadi dealer Public Gold?"
Soalan yang sering saya dapat dari penyimpan emas.
Kisah saya menjadi dealer
Sejak mula PKP, saya ada duit lebihan dan saya tak tahu nak simpan di mana. Kemudian, saya dapat tahu info berkenaan Public Gold. Kerana saya faham manfaat Emas, saya terus menyimpan dengan amaun yang banyak dan terus layak menjadi seorang Dealer.
Pada mulanya, saya hanya ingin mendapat insentif dari simpanan sendiri. Kemudian saya fikir, lebih baik saya kongsi ilmu emas ni agar lebih ramai tahu manfaat simpanan emas. Saya pon tahu lambat, jadi saya tak mahu generasi muda juga tahu lambat tentang emas. Saya terus konsisten buat sharing ilmu emas setiap hari di sosial media, secara santai-santai. Dan makin hari makin ramai yang celik simpanan emas
Bagaimana menjadi dealer?
Untuk menjadi dealer, anda hanya perlu beli Pakej Emas yang ditawarkan oleh Public Gold ketika promosi bersama dengan Wealth Card ( Card dealer yang ada 0.5gm emas 999). Emas itu milik anda, jadi sebenarnya anda join jadi dealer ni percuma. Sertai telegram channel Hebat Emas supaya tak terlepas promosi Public Gold sebab ada waktu tertentu promosi yang ditawarkan memang sangat menarik!!
Kelebihan 1: Mendapat insentif dari pembelian diri sendiri dan pelanggan
Setiap pembelian diri sendiri dan juga pelanggan bawah, kita akan mendapat insentif seperti di bawah. Kumpul insentif tu lama-lama kita boleh beli emas lagi atau groceries di PG mall. Saya dah dapat kurangkan kos belanja rumah sebab dapat gunakan insentif membeli barang keperluan.
Kadar insentif yang dibayar seperti berikut mengikut status dealer:
Untuk makluman, the first RM100 insentif di bayar ke C-Wallet PG mall kita dan selebihnya direct ke akaun bank. Jangan risau tau, PG mall ni ada macam-macam barang keperluan.
Katakan anda ada 4 orang pelanggan ( suami/isteri/anak/adik beradik). Setiap bulan kesemua 5 penyimpan emas ni konsisten simpan sebanyak RM1000. Di bawah adalah jumlah insentif anda selama setahun! So, lagi ramai pelanggan, lagi banyak insentif.
Lagi ramai pelanggan, lagila banyak insentif anda! Saya rekomen anda terus ambil pakej jadi Priority Dealer.
Kelebihan 2: Mendapat insentif dari jualan semula emas diri sendiri dan pelanggan
Setiap jualan semula emas diri sendiri dan juga pelanggan bawah, kita akan mendapat insentif sebanyak 0.3%. Bagi saya not bad juga.
Kelebihan 3: Memiliki 5 cabang perniagaan Public Gold
Sebagai pemilik perniagaan empayar PG, anda kini berpeluang membina empayar perniagaan bersama PG Group dan berpotensi meraih pendapatan sehingga 5 angka sebulan.
Untuk pengetahuan anda PG Group terdiri daripada entiti-entiti berikut:
1) Public Gold: Membeli dan menjual logam berharga emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan.
2) PG Mall: Pusat membeli belah online yang menawarkan kepada anda ribuan barangan pada harga yang murah serta pelbagai tawaran menarik setiap hari.
3) PG Jewel: Menjual barang kemas 916 secara online pada harga yang murah dan menawarkan ribuan rekaan terkini.
4) Aurora Italia: Menjual barang kemas premium yang difokuskan kepada rekabentuk yang unik, anggun dan semasa.
5) Public Safe: Menawarkan khidmat peti simpanan selamat untuk anda menyimpan barangan dan dokumen-dokumen berharga.
Kelebihan 4: Membuka kedai emas tanpa modal
Nak buka kedai emas fizikal memerlukan modal yang sangat besar, melibatkan jutaan ringgit. Kita perlu sediakan stok emas, pekerja, insurans dan lain-lain lagi. Tetapi di Public Gold, kita hanya beli emas unutk diri sendiri dan emas itu menjadi milik kita, sekaligus mendapat status dealer secara percuma. Tiada sebarang yuran dikenakan. Kita hanya gunakan ilmu dan kemahiran yang ada unutk membina empayar bisnes kita.
Kelebihan 5: Perniagaan yang diwarisi
Kesemua perniagaan dan empayat yag kita miliki ini boleh diwarisi oleh ahli keluarga. Menarik bukan?
Kelebihan 6: Memberi manfaat kepada orang lain
Kita bukan menjual emas, tapi mendidik orang ramai pandai menyimpan. Salah satu simpanan yg dicadangkan oleh pakar kewangan adalah emas. Bila kita sentiasa update peyimpan emas sampai pandai, mereka akan konsisten menyimpan dan kita dapat insentif berterusan. Saya setiap hari akan beri info terkini melalui telegram channel Hebat Emas. Jemput ke channel saya, semuanya percuma.
Sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Bisnes emas bersifat evergreen, bukan trendy. ORang beli emas dari dulu, kini dan selamanya, insya Allah. Mungkin pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca unutk 'pencen' lebih awal dari apa yang dijangka.
Untuk mencapai sesuatu yang semestinya tidak mudah. Dalam perjalanan mencapai 1000 customers, kita perlu sabar membina empayar. Kesabaran adalah kunci utama bagi mereka yang sudah berjaya.
Setakat artikel ini ditulis, Public Gold dah ada kira-kira 640,000 penyimpan emas. Sedangkan populasi negara Malaysia hampir 33 juta orang. Ya, kita mempunyai peluang yang cerah unutk mencapai impian murni ini.
Ingat, impian kita nak membantu orang ramai celik menyimpan. Inilah tugas mulia, kerana memberi manfaat kepada orang lain. Sematkan dalam diri kita unutk terus mendidik masyarakat celik dalam simpanan EMAS. Kata pakar Kewangan, Robert T. Kiyosaki, “GOLD IS REAL MONEY! GOLD IS GOD’S MONEY!”
Teruskan buat kebaikan kerana kita tak tahu kebaikan mana yang Allah pilih unutk menjadikan darjat kita mulia disisinya. Moga tugas kita mendidik masyarakat ini diberkati Allah.
Hubungi saya jika anda berminat memulakan langkah keemasan ini.
http://www.wasap.my/60133413040/
Farrah Aiza
Active Dealer Public Gold | PG00367357