Friday, July 22, 2016

Day 2 in NZ : Lake Tekapo to Queenstown

Hari ni 22 Nov 2015..Ahad...

Pagi tu I is so excited. Bangun memang awal. Lepas solat subuh terus zas prepare breakfast dan lunch bento. Tanya geng lain SemahBull dan IdaMizi pon belum gerak.
Hati ni excited sungguh nak bergerak menuju arah Queenstown...perjalanan hari ni adalah seperti berikut: (wah formalnya)

Church of Good shepherd
Mount John Observatory
Lake Pukaki
High Country Salmon
Lindin Pass
Wanaka Lake
Wanaka Puzzling World
Cromwell
Arrowtown
Queenstown

Church of Good shepherd 
Sebelah je dengan Lake Tekapo Holiday Park..ni mmg port strategik nak stargazing orang la kata, kami tak stargazing bagai, kan dh tido lena kah2. Kat sini la bunga-bunga Lupin yg sihat2 lawa2 tumbuh merata..maka wajibla engkorang bergambar sakan….disebabkan gambar2 kat sini la bile tengok je, terus RINDU GILE kat NZ. Seriyes tak tipu. #percayalah. Masa kami sampai sejuk amats..walau dah nak masuk summer. Kalau winter camne agaknya?








Mount John Observatory


Kat sini pon sejuk sgt..angin kuat.Kids tak keluar dr kereta pon. The 360° view from the Mt John’s Astro CafĂ© is beyond fabulous. Depe kata ada Cappuchino sedap! Kat sini pon depe kata an excellent place for stargazing. Ada Tekapo Hot Springs sebelum observatory area.


Lake Tekapo- Lake Pukaki 63km (43min)
OTW to Twizel dan High Country Salmon, kita akan melalui Lake Pukaki. Lake Pukaki is the largest of three roughly parallel alpine lakes running north-south along the northern edge of the Mackenzie Basin on New Zealand's South Island. Turquoise blue for the whole lake, with snowy alps on the background. The others are Lakes Tekapo and Ohau. Ada Lake Pukaki Watergate, kami tak pegi pulak.


Lake Pukaki - High Country Salmon 70 km (48min)
High Country Salmon. Free feed the salmon. Bagi makan salmon dan boleh beli ikan salmon segar. Kami beli salmon utk stock makanan. Ada Free WiFi here. Masa ni kids kasi makan kat salmon, makayah mengopi sambal whatsapp kawan2 tanye masing2 berada di lokasi mana…




Lindis Pass
Otw ke Wanaka, kita akan melalui Lindis Pass. Subhanallah, tak dapat nak berkata-kata..rasa macam dalam mimpi lalu kat Lindis Pass..teramat indah bumi ciptaan Allah.




Jumpa YatiPrusz kat sini
Wanaka Lake and Wanaka Puzzling World
Kami ramai lunch kat Wanaka Lake. Cuaca semakin sejuk! Tak tahannn. Family Yatipruz makan dalam kete je eheh..kami still bertahan makan tepi tasik.

Masa kat Puzzling World dh syok sebab semua orang dah berjaya dikumpul..kekekke. Tak suke btol la, kami x berjaya cari jalan keluar kecuali Mus’ab n Amirul rasanya .


Di Wanaka Lake

Puzzling World. 66nzd for our family 2 adults + 4 kids



Group photo!

Cromwell: Jones's Fruit Stall.
Enjoy the best ice cream in NZ! Fruit picking pon ada certain months. Wajib rasa uols the real pure NZ ice cream kat sini. Kami ulang 2 kali beli kot..kalau tak, kempunan kot nanti! Senang kot nak jumpa tempat ni masa OTW to Queenstown dr Wanaka Puzzling World. 


Sedap sangat! NZD5

Arrowtown
Ni bandar style ala 70-an. Kami dah penat, dah tade perasaan so kejap je kat sini hehe.#kopipes dr iti: Gold mine settlement,  visit the reconstructed Chinese Settlemen, and wander along the path by the river to view where Isildur lost his life when attacked by the Orcs in the Gladden Fields (LOTR). Then, to queenstown lalu lake hayes. Dah tak perasan dah actually yg mana wakakak. Byk bonar Lake. 


Masa ni mmg dah penat btol...dan Maher lena..nak jenjalan pon dah tade semangat kiki

Sunyi je...

Queenstown
Sampai je dah nak malam..so terus check in dulu di Pinewood Lodge. Besarnya rumah kami, dok bungalow 2 bilik..Ruang tamu punya la besar. Accomodation citer future entry ye. Lepas prepare dinner, mandi solat, mak2 lak gi beli groceris kejap di Fresh Choice, kasi sini tade Pak n Save..dekat btol dr Pinewood. Syok weh feeling2 orang local beli barang-barang dapor! Masa ni kids lepak kat Internet room holiday home kami…suke btol depe.


Di Fresh Choice...seee..I punya roti prata dah sampai NZ! wakakak

No comments: