Thursday, January 22, 2015

Kenduri doa selamat dan majlis khatam al-quran

Uwan dah lama tak kenduri. Dia teringin sangat nak buat kenduri sementara masih sihat ni. Alhamdulillah, tercapai hajat Uwan ...kenduri selamat berlangsung pada hari ahad lepas, 11 Jan 2015..sehari sebelum bukak sekolah. Kiranya penutup tirai cuti sekolah yg panjang. Sepatutnya, mak su balik kl sebab bercuti panjang gi HK..tapi bos tak approved cuti..kesian btol. Sabar ye dik. Nak dapat koje permanent tak boleh le simply nak cuti hihi.

Majlis bermula 10am dengan bacaan selawat bersama jemaah emak.

Bunga telur dan bunga rampai by Makcik Naimah. Terima kasih banyak-banyak makcik. Love it :)

Anak-anak berlatih lagi bacaan sebelum majlis bermula.


Setinggi-tinggi jutaan terima kasih dan penghargaan buat:
Opah & Atuk ( gelaran tok guru mereka yg duduk sebelah Ab & Waddah) yg sabar mengajar mereka sejak berumur 5 & 7 tahun, bermula dengan Iqra'
Uwan dan Atok Ab & Waddah sebab tolong jemput setiap hari dari kelas mengaji
Hanya Allah yg dapat membalasnya

Gambar paling bawah: bersama Tok guru Mus'ab dan Mawaddah 

Alhamdulillah syukur selesai kenduri doa selamat sempena adik dapat kerja elok dan sempena kami bakal menunaikan Umrah bersama makayah mertua bulan depan. Harap2 visa approved kali ni. Amin.

Tak sempat nak tangkap gambar makanan. For main dishes dan pulut kuning kami tempah catering. Yang dimasak sendiri adalah: Sambal Tahun, Rendang daging, 4 biji kek: Congo Bar Orange, Conga Bar Choc, Congo Bar Choc Orange & Cheese Brownie. Masak ni je pon dah terpeleot yer.

Kini bermula episod Maher dan Muaz pulak ke kelas Iqra setiap hari bermula 11 Januari 2015. 
Maher jadi pelajar paling kecik sekali hihi. Kali ni kami pilih kelas dekat lagi dengan rumah. Semoga dipermudahkan segalanya. 



2 comments:

Farikica said... Reply To This Comment

meriah nampaknye kenduri khatam quran. tahniah kepada anak2 dan juga ibu...:)

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

Tq farikica 😉