Tuesday, September 2, 2014

Resipi roti arab mudah dan sedap

Bahan-bahan:
Tepung 1/2 kg
Mentega 2-3 sudu besar
Air suam secukupnya
Sedikit garam
Pelembut roti (optional)

Dicampur dan biarkan kembang berbuih:
1 peket yis mauripan
1/3 cawan air suam
3 sudu besar gula

Cara-cara:
1) Campurkan bahan2 kering dan kemudian masukkan bancuhan yis.
2) Uli menggunakan mixer selama beberapa minit..rehat sebentar dan uli lagi..ulang 3 kali sebab nak bagi betul2 lembut
3) Rehatkan selama 45 min
4) Ambil sedikit doh buatkan bulat2 dan canai menjadi bentuk bulat
5) Goreng dan lalukan bahagian atas roti dengan minyak panas. Insyallah hasilnya roti gemuk!

Suke sangat...rotiku gemok2

Makan dengan kari daging
mmg theme arab btol last Sat..Nasi Arab n Roti Arab hehe
1st time buat..menjadi..anak2 request lagi hehe. Akak guna tepung pau sbb dh lama beli plan nk buat pau tp x terbuat2 gak

No comments: