Base die agak2 aje biskut oreo dihancurkan + mentega yang dicairkan..lebih kurang gini:
160gm biskut orea diblend/hancurkan 50gm mentega dicairkan
Cara:
1) Gaulkan semua bahan diatas
2) Sapu dulu loyang bulat 5 inci dengan mentega/marjerin
3) Masukkan bahan td ke dalam dasar loyang dan tekan padat guna belakang sudu
4) Bakar pada suhu 170C selama 10 minit
Filling:
500gm cream cheese
200gm whipping cream
110gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur ( size B)
1 sudu mentega
2 sudu besar tepung jagung
Biskut oreo - mengikut suka, disusun / dipecahkan
Cara:
1) Pukul cream cheese, kemudian masukkan gula dan pukul lagi
2) Masukkan vanila, jus lemon, mentega, tepung dan yogurt. Pukul sebati
3) Akhir sekali baru masuk telur dan pukul sebentar
4) Masukkan biskut oreo ke dalam adunan. Ada orang suka masukkan oreo yg dh jadi serbuk, jadi terpulang pd anda.
5) Bakar secara water bath selama 40-50 minit pada suhu 170C. Tutup suis dan biar kek dok dalam oven for 15 minit. Lepas tu boleh bukak sket pintu oven dan biar lg kek dok dalam tu 1 jam
6) Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
7) Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan.
8) Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka
1 comment:
huhu..kite mahu try resipi ini..looks simple + tips given last week. thanks farra!
Post a Comment