Tuesday, May 30, 2006

Our two kids


1 year & 11 months Muhammad Mus'ab
macam2 nak buat..eg:naik basikal, naik motor, sapu rumah

2 months & 1 week old Nur Mawaddah
lom pandai buat ape sangat...hanya aktiviti2 simple eg:baring, nangis, sengeh, tiarap, minum susu, tidur

*Footnote: Our Fotopages has been updated. Check it out!

Monday, May 29, 2006

My husband & kids

Yeah..I just managed to changed the blog’s skin today as I don’t have too many works to do..boring.. only 3 execs in the office while the rest were on holiday

Last Sat was my dearest hubby’s birthday. Abang, very happy birthday to you ;). Semoga abang diberkati Allah selalu, dipermudahkan segala urusan, panjang umur, murah rezeki, ringan tulang, ditetapkan iman, bertambah sayang to me & our kids. Luv you now and forever.

Only one week for the brother Mus’ab turning to 2 years old! Abang Mus’ab dah besar rupanya. But Abang Mus’ab in still in the learning process to talk. You can only say few words. Yang mama ingat Abang Mus’a boleh sebut:

Mama, Abah, Cucu (Susu), Atuk, Adik, Kaki, Satu, Tutup, Nak

Mama can still remember that 2 weeks ago, one clinic’s Dr advised us to meet the pediatrician to consult this problem. But many people say that Mus’ab will talk one day later and we should give more times for him! Mama believe that. What I observed is you are now learning a new word/week.
I don’t know why I have this feeling. I’m too worried leaving Mawaddah in her babysitter’s house. I’m worried if she doesn’t get enough attention and love because there are 5 others kids in the house including Mus’ab. I am start thinking of quitting job. But this is imposibble. I have 4 years left to serve the company. We also have to pay the housing loan. Now, my mom is helping us to get new babysitter.

Tuesday, May 23, 2006

Kisah hari pertama bertugas

Ini kisah hari pertama bertugas
Kami dipisahkan sejauh 15km selama 11 jam

Hari pertama berpisah memang perit..apa tidaknya..selama ni aku yang mandikannya..berikan susunya..tukar lampinnya…tidurkannya..dodoikannya..pendek kata selama 2 bulan ini memang tak pernah berenggang..Suami kata ”Mus’ab anak ayah, Mawaddah anak mama”

Bila teman-teman pejabat mula bertanya pasal anak..entah kenapa hatiku sebak..air mata mula bergenang..risau mengenangkannya duduk di rumah orang buat kali pertama …hati terasa rindu..aku tarik nafas dalam-dalam cuba tenangkan perasaan

Kemudian, rutin berjalan seperti biasa..jalankan tugas di samping mengambil sedikit waktu pejabat untuk memerah susu..alhamdulillah..hari pertama dapat 3 kali perahan..esok lusa entah bersempatan atau tidak kerana kesibukan kerja..

Tak sabar menanti jam 5.30 petang..aku ingin pulang segera kerana ingin susukan anak…pasti bekalan susu di rumah pengasuhnya dah habis tika ini
Sampai di parking area..kereta kene blocked!arghh..tension..aku dan seorang teman cuba juga keluarkan kereta..tapi tak berjaya..aku mula panic dan risau..air mata mula bergenang..tiada cara aku ke bilik kawalan untuk buat announcement …aku menunggu lagi…tapi empunya kereta tak turun jua..aku kehulu ke hilir lagi..risau bangat.Datang seorang pengawal keselamatan membantu keluarkan kereta dengan dibantu seorang staff lelaki..akhirnya berjaya tapi kemalangan kecil berlaku di bahagian bonet kereta dek terlanggar tiang batu..aku tak kisah..yang penting aku ingin pulang segera

Alhamdulillah dengan skill menyelit & memecut di celah ribuan kereta yang berpusu pulang ke rumah, aku tiba 7 minit sebelum jam 7 malam. Mawaddah menanti penuh kerinduan. Terus aku susukannya kerana aku pasti dia lapar..selesai menyusu akhirnya anakku dapat tidur nyenyak sehingga 10.15malam..pasti dia kenyang sehingga dapat lena begitu lama. Alhamdulillah

Aku serik bawa kereta..takut kereta kene blocked lagi..so today..we tried riding motorcycle with hubby..moga semua urusan kami dipermudahkan olehNYA. Amin

Monday, May 22, 2006

Mula bertugas

Mama Mawaddah mula bertugas hari ini..rindunya kat die..
*apela agaknya die buat skang yer?
*cemane agaknya babysitter jaga die yer?
*cukup ke tidak bekalan susu tu yer?
*sesuai ke idak dok umah orang yer?

hmm..macam2 main kat kepala....risau

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...