Wednesday, November 3, 2021

Pengalaman simpan emas dengan Public Gold

Salam semua, 

Salah satu sebab saya memilih Emas sebagai simpanan sebab nak diversify simpanan. Sejak PKP last year, alhamdulillah ada duit lebihan sebab tak perlu nak memandu ke pejabat. Jadi, adalah duit yang kita dapat jimat dan boleh simpan.

Since saya dah invest and save kat ASB, TH, Bitcoin & Unit Trust, akhirnya saya memilih EMAS juga. 

Lepas baca-baca review, saya decide beli emas Public Gold ( PG). Sebab utama saya memilih Public Gold ni sebabnya :

1. Patuh syariah. Memang wajiblah check ni kan. Modus operandi emas PG telah disahkah oleh Armanie Advisor 

2. Convenient! sebab urusan beli, jual, pajak semuanya secara online. Emas fizikal pon boleh terus dipos bersama insurans ke rumah

Antara emas yang saya dah cuba kat PG ni: 

1. Akaun emas - Gold Accumulation Program

Memula saya memang pilih akaun GAP sebab masa ni saya fikir keselamatan. Risau kalau simpan emas banyak-banyak kat rumah. Akaun emas GAP ni macam akaun bank juga. Bezanya duit kita dah ditukarkan dalam bentuk GRAM emas mengikut harga emas semasa. Kita fokus gram emas sikit demi sedikit. Bestnya akaun emas ni, boleh bermula serendah RM50 dan tiada komitmen bulanan. 

Begini penyata akaun emas - GRAM emas

Dengan akaun GAP, anda boleh mula serendah RM50 🥰

2. Emas fizikal

Lepas tu saya mula beli yg fizikal. Ada juga emas fizikal yang saya keluarkan dari akaun GAP. Masa ni PG belum ada perkhidmatan pos emas ke rumah. So, saya collect emas di branch Ampang

Alhamdulillah urusan ambil emas ni mudah je. Tapi kene buat appointment. Sekarang ni untuk pembelian emas below 20gm, emas akan dipos terus ke rumah. Tak payah susah-susah tau nak keluar rumah. 

Dengan keadaan pandemik sekarang ni, memang kalau boleh elakkan keluar rumah jika tiada urusan penting.

Ambil emas di branch Ampang

Kene buat appointment dahulu ye, tak boleh walk-in 

Alhamdulillah pegang emas lain auranya

3. Emas fizikal bayar secara ansuran 10 bulan 

Lagi satu saya try beli 1 Dinar dengan kaedah ansuran. Ia dinamakan EPP iaitu Easy Payment Plan

Jangan risau EPP ni patuh syariah. Kita bayar sampai habis dahulu, kemudian baru boleh dapat emasnya. 

Saya suka beli emas secara EPP ni tau. Sebabnya:

💥 Pupuk diri untuk konsisten simpan emas

💥 Harga kekal sama hingga habis bayar

💥 Cara kutu moden. Habis bayar, rewardnya dapat emas! Ianya kan aset kewangan 

Apa kelebihan menyimpan emas secara EPP? Jom saya kongsi:

💥 Bila ada komitmen, baru duit kekal untuk buat simpanan. Orang lain bayar hutang bank, kita bayar EPP aset EMAS! bijak gitu!

💥 Sesuai unutk orang yang baru nak merasai pengalaman menyimpan emas. Lepas ini pasti nak buat EPP emas yang lebih besar GRAMnya! fuh

💥 Peluang mengumpul aset Emas secara konsisten mengikut bajet setiap bulan

Bayaran ansuran 1 Dinar untuk 10 bulan. Jadual bayarn mengikut harga semasa 


Setakat dah nak masuk 10 bulan menyimpan emas di Public Gold ni memang saya rasa sangat berpuas hati. Saya kenal PG dah lewat, sebab itulah saya mesti kongsikan ilmu ni dengan kawan-kawan.

Kalau anda dah dapat ilham nakmulakan simpanan emas ni, saya sedia membantu. 
Insyallah saya bimbing sebaiknya. 

Saya pon ada kongsi ilmu kewangan harian di telegram. Boleh join percuma sahaja. 

Emas, aset ketika senang. Tunai ketika susah. 
Ikhlas berkongsi, 
Farra

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...