Assalamualaikum,
Saya kongsikan pengalaman temuduga utk kemasuk ke tingkatan 1 SBP UPSR 2018.
Cara memohon SBP: secara online. Parents mesti peka dgn tarikh tutup supaya tak terlepas. Hanya 1 pilihan SBP diberikan.
2 minggu selepas exam UPSR, pelajar akan dipanggil utk test UKSBP. Masa isi borang dah disuruh pilih tempat ujian. Kami memilih Sek Keb Taman Melawati.
Kami menerima panggilan utk temuduga 2 hari sebelum.
Seramai 100 pelajar terpilih di bawah kuota pengetua, hanya 30 org akan dipiluh. Selebihnya akan masuk semula dlm selection KPM. Selection KPM tiada temuduga.
Persiapan:
1. Pakaian : uniform sek
2. Sijil: buat 2 folder : original (masuk clear folder) & salinan dibinded
3. Pitch: mcm guided script based on forecast questions. Ie kenapa pilih TKC, background & achievement. Prepared in english
Hari temuduga:
1. Pendaftaran bermula 7.30pagi.
2. Pelajar di beri no giliran. First come first serve basis.
3. Temuduga secara individual selama 7 min seorang. Panel 4 org.
4. Soalan in English: 1) Background 2) Achievement ie kenapa terpilih jd tokoh pelajar 3) Why choose TKC? 4) What would you contribute to TKC?
Rumusan:
1. Pelajar terpilih temuduga semua aktif koko, wakil sek/daerah/negeri pelbagai bidang. Yg saya sempat tanye byk wakil Sukan ie hoki.
2. Berjawatan
Mungkin ramai tokoh pelajar tapi x sempat tanya.
3. Mereka rasa sgt nervous, katanya mcm minta kerja.
4. Parents x perlu berada di kawasan temuduga, jadi bole melawat kawasan. Pergi solat d Surau.
Rumusan sbg parents:
1. Penglibatan koko sgt penting. Mulanya kami berat nk allow Mawaddah join hoki. Sebab asek latihan & games nya sampai nk dkt trial upsr. Camne tak risau kan. Tapi lps bincang,, dia akan komited dgn upsr.. kami allow juga. Kini kayu hoki akan terus beraksi di TKC insyallah. Alhamdulillah
2. Anak yg memilih sekolah pilihan & dia isi borang sendiri. Kami check sebelum submit.
Moga menjadi panduan buat ibubapa. Berbincanglah dgn anak minat mereka. Sebab skrang byk aliran.
Syukur di atas rezei dr Allah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)
✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...
-
Lagi-lagi dapat email orang fwd email pasal status Halal/Haram makanan last Fri. Yang bagusnya, aku dah ajar kengkawan pejabat untuk semak d...
-
Salam semua...saya benaunya dah lama benor nak buat sarung sofa sebab kami punya hak 6 tahun ni dah kotor..cuci2 pon takmo tanggal..sofa ni ...
-
"Apa kelebihan jadi dealer Public Gold?" Soalan yang sering saya dapat dari penyimpan emas. Kisah saya menjadi dealer Sejak mul...
2 comments:
alhamdulillah cemerlang dengan jayanya. semoga terus success dunia akhirat..
Terima kasih siti moga semua anak2 kita berjaya dunia akhirat
Post a Comment