Assalamualaikum...
Lama betul tak update blog ni ^_~. Ok sambil dok dlm tren ni kita update...
Alhamdulillah Masjid Al Faizin & Hidayah Centre Foundation berpeluang mengadakan program Masjid terbuka sempena perayaan Chinese New Year pada awal Mac 2018. Semua masyarakat non-muslims di sekitar kawasan kami dan kawasan lain dijemput hadir.
Ramai non-muslim ingat mereka tidak boleh masuk Masjid. Sebenarnya BOLEH. Antara program pada hari tersebut:
1. Gerai makanan Cina
2. Masjir tour- tempat wuduk, tempat solat, al quran, kaabah dll
3. Ceramah
4. Hijab photobooth
5. Buku2 berkenaan Islam dlm bahasa mandarin diberi percuma
Bukan sahaja program ini telah dihadiri ramai non-muslims tetapi juga mendapat liputan dr akhbar Harian Metro dan China Press.
Saya mendoakan semoga semua yg hadir akan mendapat hidayah dan rahmat dr Allah aamiin
Alhamdulillah program dihadiri ramai non-muslims dan antara feedback mereka:
Cantik dalam masjid
Sangat tenang
Tiada gambar dalam masjid
Tak tau boleh masuk masjid
Liputan di Harian Metro.
Kali pertama sbg Masjid Tour guide. Memang nervous juga. Tapi saya suke sgt. Mereka banyak bertanya berkenaan Kaabah
Liputan di ChinaPress.
Muaz always join the tour samada dgn saya atau dgn Kak Faz dlm gambar di atas. Kemahiran beliau patut digilap- komen komiti organizer.
No comments:
Post a Comment