Thursday, June 22, 2017

Family Trip keTurkey & Tehran Mac 2017

Turkey & Tehran

Tarikh: 12-22 March 2017
Tempat: Turkey: Istanbul, Bursa, Pamukkale, Cappadocia dan Tehran: Iran
Flight: Air Asia X (return Kul to Tehran IKA) + Mahan Airlines ( return Tehran to Istanbul Attarturk) + Turkish Airlines ( one way from Nevershir to Istanbul Attarturk)
Flight Depart: 7.05PM, Arrived : 1045PM Tehran
Flight Depart: 6.50AM, Arrived : 9.30AM Istanbul
Currency RM1.32 = 1 Turkish Lira

Kali ni dapat merasa 3 different flights. Anak-anak suka Mahan Airlines - selesa, makanan sedap. Masa balik flight kosong boleh baring terus hehe. 

1. Visa & Insurans perjalanan
Visa tidak diperlukan Malaysian ke Turki dan juga Iran ( kurang 30 days)
Insurans: Tokio Marine: 11 days, 2 negara, RM205 after rebate, harga biasa RM260 for a family. 

2. Tiket Penerbangan :RM1,700 (return) termasuk luggage dan makan pergi dan balik dr KL-Tehran-Istanbul-Cappadocia.
Airasia : RM642, Mahan Airlines RM952 ( boleh dpt lg murah ms bukan peak season), Turkish Airline RM105. 
Tips; Boleh jimat lg tix Tehran ke Turkey jika pilih bukan peak season, masa kami gi peak season iaitu New Yr Iran.

3. Penginapan:
6 malam di Hotel Turkey + 2 malam dalam bas+ 1 mlm di Tehran: Fars Hotel RM223/N.
Istanbul : Ozhan City Sirkeci RM254/N, Cappadocia Cave Room RM157/N, Le Safran Suite RM223/N Gulhane

Dedua hotel Istanbul ni dekat tram. Kami sgt recommend Ozhan City sebab walking distance to Bospherus Cruise, Ferry to Bursa, Galata Bridge, Galata Tower, Spice Bazar dan byk tempat makan / tempat shoppingmurah!  

Hotel di Cappadocia yg paling selesa sebab bilik gua yg amat besar ada 1 double bed + 4 single beds, RM157/N termasuk breakfast. Murah sgt alhamdulillah. Walaupon staff tak berapa nak bercakap kah2, tp breakfast anak2 suke sgt lagi2 kat terrace menghadap view Cappadocia yg sgt awesome! Tapi kami taleh dok café luar sbb winter beb, sejuk sampai tulang.

Total 7 mlm RM1,457 for family room including breakfast.

4. Poket wifi
Rent and connect RM 222 (41.5 euro) for 7 days. Hazab juga last day tade wifi haha! Kat sana baru tau boleh amik sim card dan lebih murah kata owner hotel tu.

5. Pengangkutan utama:
Tidak menyewa kereta langsung. Guna public transport.

Istanbul:
Gunakan IstanbulKart. 1.65 per lira next person 2.3lira per ride. Kanak2 7 tahun ke bawah Free. 1 kad shj per family. Jadi kos kami hanya 4 org je kene bayar.
·    Istanbul ke Bursa by ferry : 9.9Lira /adult.

Bursa:
Gunakan BursaKart. 2.8lira per ride. Kanak2 7/8 tahun ke bawah Free. 1 kad shj per family untuk Bas & train. Guna Bursakart utk naik bas dr ferry terminal ke Bursa Otogar, Otogar ke Teleferik, return Teleferik ke Bursa City / ke Otogar.

Pamukkale:
Bus Bursa to Denizli ( Pamukkale) : 80/85 Lira/adult. KamilKoc, 3 seaters per row. Selesa sgt.Highly recommended.
·    Dolmas ( bas mini/van): 10/12 lira/adult.

Cappadocia:
Bus Denizli to Goreme (Cappadocia): 65/70 Lira/adult. Suhan bus, 4 seaters per row. Murah sket tp kureng sket selesa dr 3 seaters.
·    Jalan kaki: dari hotel pusing2 town hingga ke Goreme Open Air museum.
·    Bus to Nevershir airport: 15TL/adult

Tehran:
Cab dr airport ke hotel.
     Jalan kaki ke Golestan Palace & grand bazar.
·    Cab pusing-pusing town pergi Tabiat Bridge and Milad Tower then back to Airport. 1.8juta iran rial. ( RM240)
Tips: Driver Iran tak boleh cakap English, jadi kami gunakan orang hotel sebagai perantara.

Tips:
  • Harga kanak-kanak lebih murah. Nego for better price. Lagi ramai lg senang dpt diskaun
  • Beli tix bus on the spot. Byk company bus jual tiket. Ms beli tiket tanyer boleh tumpang barang? So jimat kos luggage store.
  • IstanbulKart beli di airport, top-up ada di semua tram station, don’t worry.
  • Bursakart beli masa sampai ferry terminal/bursa Otogar(station bus)/ town, top up also di station.
  • Guna apps: Trafi – utk tahu bus stop di Bursa.
  • Rajin-rajin tanyer org local dalam bus sebab nak ensure kita turun di bus stop yg betul.
Parking kereta 11 hari di Putrajaya Sentral RM62, ERL return RM64 sekeluarga.

6. Makanan:
Tak perlu bawa makanan dr Malaysia langsung, kecuali Maggi sbb kdg2 rindu :p. Makanan Turkey sgt heaven! Anak-anak tiap2 hari order pizza. Kami tak kesah langsung x makan nasi. Insyallah entry pasal food Turkey ni next time ya! hehe
Tips:
  • Cari kedai makan yang harga Chay/Tea 3Lira atau kebawah. Jika tea atas 4 Lira, konfem kedai tu mahal.
  • Cappadocia: Firin Express Restaurant. Everyday makan kat sini. Top rating di trip advisor sebab murah dan sedap sgt.
  • Food di Taksim Square mahal. So masa tengah jalan OTW ken sana, beli siap2 food2 tepi jalan tu, tahu je la budak2 ni cepat lapar hehe

7. Pakaian.
  • Nov hingga Mac adalah musim sejuk di Turkey. Kami tak sangka penghujung winter di Cappadocia masih bersalji. Tengok weather forecast sebelum gi Turkey tiada salji.
  • Sepatutnya kene pakai winter jeans, winter boots, winter socks dan winter jacket yang labuh & ada hoodie sebab angin sgt sejuk. Orang rajin travel mmg kene invest proper winter attire.
  • Pakai jaket warna pink memang rasa pelik sgt masa kat Turkey L. Jadi lepas ni saya nak pakai jaket labuh & dark color shj. 
  • Di Cappadocia salji masih turun intermittent, manakala di Istanbul selalu sgt hujan renyai2. Suhu antara 6-12 C. Bursa lagi sejuk sampai 1 C.
  • Saya pakai skechers yg sesuai utk berjalan, tapi bukan kalis air. Jadi setiap hari kaki sejuk, kejung, lembap! Akibatnya kaki bukan lebam, tapi merah amat.
Tips:
Pamukkale : Kene bawa baju extra incase anak anda terjun kolam air panas. Kisahnya Maher terjun kolam. Bila dah keluar kolam, die sejuk gile. So kami dah tak boleh proceed to Hierapolis. Huwaa..sebab entrance sekali je, then baju sume kat station bas. Ayahnya kene sacrifice bagi baju sejuk to Maher. Pedih btol hati ni tak dpt ke Hideropolis L tapi fikir balik mesti ada hikmahnya insyallah. ( kene datang lg :p)

8. Tandas
Majoriti tandas di Turkey kene bayar 1Lira. JAdi kene bijak nak guna tandas. Kami tak bijak, memula masuk buang air, lepas tu nak gosog gigi/ambil whudu’.
Sepatutnya nak masuk tandas terus bawa berus gigi/cleanser ( penting ni org pompuan hehe), ambil whudu’ skali.
Tandas free ada di Restoran atau di surau ie Cappadocia.

9. Masjid (Camii) & Surau ( Musolla)
Ada di mana-mana sahaja. Suke sgt! Tapi tempat amik whudu’ kebanyakkan tiada hot water ye. Sebaiknya kalau sampai masjid yg besar ie Bursa Grand Mosque / Blue Mosque terus pergi ambil whudu’. Sebabnya kalau dah masuk dalam….nak jalan balik keluar agak jauh dan orang sgt ramai.

10. Duit cash/Card credit:
Matawang di sana ada Turkish Lira.
Pakej hot air balloon/ATV ride banyak menggunakan matawang Euro/USD.
Bayaran bas, pakej & hotel boleh menggunakan  Card Credit ( mesti ingat password anda ok)
Shopping dan makan menggunakan Cash.

Tips: Boleh withdraw duit CIMB di ATM di Turkey dan exchange rate lebih murah! Jadi tukar duit sket je di Turkey. Enablekan dulu withdrawal CIMB di Malaysia. CIMB tiada caj lain. Maybank lebih mahal, ada caj RM16++ . Husband memang tak suka bawa cash banyak bile travel.

11. Shopping:
Shopping di Spice Bazaar murah. Saya suke masak, so I enjoy spice bazar beli mcm2 spice ok. Sedap sgt! Di sekitar spice bazar tu byk sgt kedai jual baju2 utk kids, lelaki perempuan harga mmg murah.
Utk perempuan memang wajib beli jubah/baju kerja Turkey tu lawa sgt! Saya sempat beli 1 je sbb bebudak kacau. Baju di Bursa juga murah. Tapi sempat tengok je sbb suhu terlalu sejuk, budak dah emo. Nak shopping sila lupakan :p . Winter boots kat Uludang atas tu pon not bad, ada macam2 rugi btol tak beli haha. Winter Boots boleh dpt dlm 70-100 lira.

12. Pakej Perjalanan:
Tiada, semua dibuat secara sendiri, just do it.

DAY 1: 13/03/17 ( Istanbul)
Transit lebih 6 jam tengah malam di Iran dihabiskan dengan tidur di Airport.
Dari hotel jalan kaki Bospherus Cruise. 12 Lira /adult . Mesti minum Sahlep. best
Galata Bridge.
Galata Tower- all 3 attractions jalan kaki je dr Hotel.
Awas! Byk SCAM area Galata. Elakkan dr orang yg ba berus kasut. Jika ada orang langgar anda buat tatau, jalan je. Jangan layan orang yg terlalu peramah.

DAY 2: 14/03/17 ( Bursa)
Dari hotel jalan kaki Ferry Boat terminal Eminonu.  2 hours journey .
Bursa Otogar: makan, simpan luggage & beli tiket bas ke Denizli.
Uludag National Park & Teleferik (Cable car); main snow puas-puas.
Ulu Camii: Bursa Grand Mosque
Bursa cathedral – tombs of Osman ( ambil gambar dr luar je)
Overnight bus bergerak 11.30pm
Banyak lagi attractions di Bursa. Elok stay 1N..kami x cukup masa.

DAY 3: 15/03/17 (Pamukkale)
Sampai Bursa hampir 6.30am. Solat subuh dan bersiap. Tak mandi pon, gosok gigi je hihi. Sejuk!
Breakfast. Simpan luggage. Kos 10Lira utk 4 bags. Beli tiket bas ke Goreme ( Denizli).
Pamukkale & Hierapolis. 35Lira. Masuk pamukkale kene bukak kasut, plastic disediakan. Seeloknya korang bawa backpack kosong siap2 utk letak kasut senang.  

DAY 4: 16/03/17 ( Cappadocia)
Solat Subuh di masjid dekat Goreme Otogar.
Jalan kaki ke hotel dan letak barang. Breakfast di Goreme Town. Check in hanya boleh start 2pm.
ATV ride ( wajib!). 80 Lira per bike boleh share 2 org. So kami ambil 3 bike je. Melalui Rose Valley, Red Valley, Pigeon Valley, Cavusin Village etc tak ingat dah…memang best!
Tips: Pakej ATV dan Hot Air Balloon ada banyak sekitar Goreme. Jalan kaki je. Masuk keluar kedai nego hihi. Memang syok dpt best price sebab bukan peak hour. Must wear face mask sebab angin terlalu sejuk.
DAY 5: 17/03/17 ( Cappadocia)
Hot Air Baloon. 75 euro adult. Child 37.5 euro. Kids below 5 is not allowed. Van jemput 5.45am and breakfast provided. Sedap!
Amik pakej Green Tour shj :80/70 Lira, jemput di Hotel jam 9am++. Hiking di Ihlara Valley, Belisirma, Selime, Yaprakhisar Village, Derinkuyu Undergound Village. Termasuk lunch kat restoran tepi2 bukit..syok ja.
Goreme Otogar pergi beli tiket coaster utk ke Airport esoknya. Nego2 2 kids dapat free.

Kenapa stay 3 days 2 nights at Cappadocia? Kerana standby another 1 day in case 1st day tak dapat terbang dengan Hot Air Balloon kerana ianya bergantung pada keadaan cuaca

DAY 6: 18/03/17 (Cappadocia)
Goreme Open Air Museum.
Jalan kaki sekitar Goreme, masa ni salji tebal, kids stay at the hotel.
Beli Souvenir. Main-main salji di town.
Back to Istanbul.

DAY 7: 19/03/17 ( Istanbul)
Hagia Sophia
Topkapi Palace
Islamic Art Museum
Blue Mosque
Arasta Bazaar
Tips: Beli museumkart boleh guna selama 5 days. 85 Lira per adult. Banyak lagi museum boleh masuk. Tengok sini.
DAY 8: 20/03/17 ( Istanbul)
Gulhane Park
Eminonu
Spice Bazaar
Taksim

DAY 9: 21/03/17 (Tehran)
Golestan Palace
Grand Bazaar
Tabiat Bridge
Milad Tower
Flight balik ke Malaysia 1.05am

JUMLAH KESELURUHAN: 3 adults dan 3 kids RM20K termasuk flight, souvenir, shopping, activities, hot air balloon, ATV ride. Kos paling tinggi adalah kos pengangkutan RM12K. Secara purata orang dewasa antara RM3,700-RM3,900 seorang. Kanak-kanak RM2,700-RM2,900. Kalau amik pakej, tak masuk lg kos Hot Air Balloon dan ATV ride.
Link berguna:

P/S : sekadar panduan bagi yang berhajat nak ke sana secara SENDIRI (backpack atau keluarga) dan nak merasai pengalaman travel di bumi Uthmaniyyah.
Feel free to ask ya.

DAY 1: 13/03/17 ( Istanbul)

Experienced Mahan airlines & Istanbul Tram 
Wajib woo minum sahlep! best
Galata Tower



Kedai makan bawah Galata Bridge
SCAM! what an experience 

Layan chay panas-panas kat tepi2 kedai..feeling2 local 


DAY 2: 14/03/17 ( Bursa)

Ke ferry terminal utk ke Bursa
                                                         
Bursa Otogar. Beli/top up Bursakart disini.



In bus to Teleferik. And in Teleferik to Uludag National Park.

Minum Sahlep Panas lagi! Tapi yg Bospherus lg sedap

Apps Trafi

Grand Mosque Bursa

Tunggu Bas 11.30pm. 
DAY 3: 15/03/17 (Pamukkale)


ni la tempat kejadian Maher basah satu badan huhu
Permulaan Hierapolis

DAY 4: 16/03/17 ( Cappadocia)
ATV ride!


· 



DAY 5: 17/03/17 ( Cappadocia)
·      






Selime Monastery

Ilhara Valley



DAY 6: 18/03/17 (Cappadocia)
·        








DAY 7: 19/03/17 ( Istanbul)




Art Museum


Blue Mosque





DAY 8: 20/03/17 ( Istanbul)




·         
Gulhane Park




Taksim
DAY 9: 21/03/17 (Tehran)
Golestan Palace











2 comments:

Azian Elias said...

I plan nak ke Turkey next year.
nnt i refer kat yr blog lah..
thanks for sharing al the infos.

Farra Da Smiley said...

welcome kak yan ;)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...