Friday, August 25, 2017

Hadirku sebagai Dhuyufurrahman 1438H

Assalamualaikum.. sedikit perkongsian utk rujukan bakal haji...gambar akan menyusul kemudian bila pulang ke tanahair.

Jangan berhenti mengharap.. Allah maha mendengar semua doa hambanya. Alhamdulillah tidak dapat digambarkan perasaan apabila mendapat panggilan dalam tempoh 2 minggu...minggu be4 tu baru call TH kata rayuan x berjaya..

Madinah 3-10 Ogos 2017.
Mujurlah kami check jadual penerbangan terkini secara online apabila dapat tahu banyak flights ditunda. Penerbangan kami ditukar keesokan harinya, 3 Ogos 2017.

Kami KT XY17B terbang direct ke Madinah menggunakan Lion Air ( chartered by Fly Nas). Perjalanan selama 8 jam ++. Makanan 2 kali dihidangkan, sedap Alhamdulillah. Seat mcm Airasia.

Proses immigration di Madinah berjalan lancar. Sampai di Hotel Shaza dlm 1am... selepas berehat sebentar di Hotel, kami mula solat lima waktu di Masjid Nabawi. 5 org kami sebilik.

Program di Madinah seperti berikut selain beribadah di Masjid Nabawi:
1. Program ziarah dalam di bawa oleh TH, menziarahi Maqam Rasulullah dan sahabat baginda Abu Bakar & Umar. Dan seterusnya ke Rawdah. Lelaki dibawa ziarah perkuburan Baqi'. Perempuan tidak dibenarkan.
2. Program ziarah luar dibawa oleh TH, menziarahi Jabal uhud, perkuburan para syuhada Perang Uhud seperti Hamzah & Mus'ab bin Umair, Masjid Qiblataini & Masjid Quba'.
3. Solat sunat di Masjid Quba' ( sendiri).Tips: dapatkan cab/van local utk ke Quba' di Gate 5/6. Cajnya hanya 2 riyal sehala, caj ini lebih murah dr amik van depan hotel dgn caj 10 riyal return dimana 10 org diperlukan dalam satu van.
4. Rawdah.
5. Shopping. Beli kurma, kacang & coklat di masjid Quba sgt murah hokey. Beli je sume kat sini. Jubah muslimah mmg murah dan cantik di Madinah. Harga d Mekah agak mahal sket.

Rawdah.

Semua org sudah sedia maklum utk perbanyakkan berdoa agar dipermudahkan utk masuk ke Rawdah. Diingatkan kerana org terlalu ramai jangan menambah dosa utk beribadat contohnya menolak orang lain dan terbuang air kecil/besar. Kes ini terjadi depan mata sendiri mungkin terlalu lama menunggu ada wanita terbuang air besar.

Ada 3 waktu utk ke Rawdah bagi Muslimat.
Saya ceritakan lebih ringkas berdasarkan pengalaman saya sendiri:
:
  1. Selepas subuh hingga 9.30am; ada sehari tu sy pergi sebaik subuh jemaah terlalu ramai dan tempoh menunggu amat lama. Tidak dapat solat hanya berdoa kerana orang tolak-menolak. Hari yg lain sy ke Quba dulu dan kemudian sarapan dan masuk ke Rawdah mulai jam 830am. Orang ramai tapi lebih tenang kerana dpt solat dan tiada adegan tolak menolak sgt. 
  2. Selepas Zohor; waktu terbaik bagi saya. Kerana tempoh zohor dan asar yg pendek hanya limited numbers is allowed. Jadinya, dapatkan solat saf depan waktu zohor dan terus Q utk masuk Rawdah. Sebaik org dah Q, petugas Masjid akan terus tutup Q org nak masuk Rawdah. Oleh kerana Jemaah Malaysia adalah negara last masuk, jadi bayangkan 1 jam sebelum Asar...kiranya Rawdah kurang org...dpt solat dgn tenangnya utk semua yg berada di Rawdah.
  3. Selepas Isya'. Sy cuba sekali sahaja... kerana menunggu terlalu saya x mampu sudah... kerana sy perlu tidur yg cukup utk pergi Masjid awal pagi esoknya. 

Pesanan ustazah: jangan sedih tak dapat solat jika orang terlalu ramai, cukup sekadar berdoa. 
Tempoh menunggu purata 1.5-2jam, baca Al Quran semasa menunggu insya Allah cepat khatam di Nabawi. 
Cukup target ke Rawdah sekali sehari. 

Masjid Quba'.
Barangsiapa bersuci di rumahnya, lalu mendatangi Masjid Quba` dan shalat di sana satu shalat, ia mendapatkan pahala seperti pahala umrah. [HR. Ibnu Majah no. 1.412, dihukumi shahih oleh al-Albani]
Sungguh mudah nak dapat pahala Umrah kan😀

Bukit Uhud sepanjang 6km.

Barangsiapa yg solat jenazah di Mekah dan Madinah mendapat pahala 1 Qiran, dan yg mengiringi jenazah ke kubur hingga kebumi mendapat 2 Qiran. 1 Qiran bersamaan pahala 1 bukit Uhud. 
Lebih 70 para syuhada terbunuh ketika perang Uhud. Rasulullah sendiri cedera. 

Jadual harian di Madinah. Walaubagaimanapun bergantung kepada kemampuan masing2. 

Pilihan pertama ( stay di Masjid Asar- Isya')
  1. 3am+ ke Masjid 
  2. Selepas subuh ke Masjid Quba' solat sunat Isyraq/Dhuha jika dh masuk waktu.
  3. Rawdah
  4. Balik hotel tidur rehat
  5. Solat zohor , balik lunch
  6. Solat Asar sehingga Isya'
  7. Dinner dan tidur

Pilihan kedua ( stay di Masjid Zohor- Isya')
  1. 3am+ ke Masjid 
  2. Selepas subuh ke Masjid Quba' solat sunat Isyraq/Dhuha jika dh masuk waktu
  3. Balik hotel tidur rehat
  4. Lunch
  5. Solat zohor
  6. Rawdah
  7. Solat Asar sehingga Isya'
  8. Dinner dan tidur

Tips di Masjid Nabawi. 

Berbanding al haram Mekah, masjid nabawi kurang kapasiti utk muslimat oleh demikian pintu cepat ditutup bila penuh. Tanamkan azam utk sentiasa solat dalam masjid. Luar masjid tiada pahala 1000 kali solat. Jadi tipsnya: 
  1. Sampai sekurang-kurangnya 45min/1 jam awal. 
  2. Jika berjaya masuk tp still nampak mcm xde tempat nak duduk sbb org dh ramai sgt, sebenarnya saf depan2 byk lg ruang kosong, oleh itu anda hanya perlu mencelah antara org2 dan terus menghala ke saf2 hadapan. Buat dgn penuh hemah dan rendah diri dan hati2 jangan melanggar org/beg org. 

Waallahua'lam. Semoga bermanfaat. Ini hanya pengalaman ketika ini. Ianya mungkin berbeza dgn situasi dan rezeki org lain. Moga berlapang dada. 

No comments: